Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

CAPTAIN AMERICA: THE WINTER SOLDIER (2014)

Filem ini mengubah banyak pandangan penonton tentang kewujudan S.H.I.E.L.D. yang mengikuti siri filem adaptasi dari Marvel Comics. Seolah-olah Captain America: The Winter Soldier ialah titik-tolak dan persimpangan plot yang akan lebih rumit dan mengujakan untuk filem-filem francais seterusnya. *BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

NEED FOR SPEED (2014)

Filem ini seperti juga misalnya francais filem Transformers yang penting hendak disaksikan ialah bentuk fizikal robot, manakala filem ini melalui rupa bentuk kereta dan aksi-aksi perlumbaan, cerita manusia di dalamnya sekadar latar yang ringan. Dalam filem ini, sebuah kereta Ford Mustang ialah antara tarikan utamanya. Ini contoh filem yang sedia ada namanya popular dalam versi video games sebagai tarikan komersial besar-besaran untuk menjual filemnya, kemudian serentak dengan pasaran maksima permainannya yang terbaru. *BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

300: RISE OF AN EMPIRE (2014)

Kebanggaan produksi siri filem 300 ialah kerana stail pemaparan visual sekuen aksi pertempuran secara ‘slowmo’ dalam 3D yang menjadi ikutan oleh produksi filem selepas kejayaan filem 300 di tahun 2006 dahulu. Kali ini paparan simbahan darahnya lebih melimpah-ruah dan cantasan ngeri kepala manusia serta hirisan senjata ke tubuh badan pihak lawan lebih bersepah-sepah jelas di depan mata penonton! *BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

NON-STOP (2014)

Non-Stop ialah sebuah filem yang mampu mendesak antisipasi serta mengajak penonton untuk ikut sekali apa yang dirasai oleh si hero, Bill Marks dalam suasana sempit sebuah kapalterbang. Dengan gaya naratif mirip ‘Hitchcockian’ ia bermain teka-teki dan persepsi di sepanjang penceritaannya. Sejak bermulanya konflik penerimaan pesanan ringkas itu, penonton mahu berpihak kepada Bill dan mempercayainya walaupun ditidakkan oleh watak-watak lain. *BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

SIAPA TIDAK AKAN MENANG OSCARS 2014? via THE DAILY SENI

Nampak tak? Sekurang-kurangnya saya hanya perlu menilai hanya 4 lagi calon yang tinggal bagi setiap kategori. Mungkin teknik menolak satu-persatu calon yang paling lemah lebih mudah dari memilih satu yang terbaik sahaja yang saya lakukan tadi sekadar omong kosong, berangan dan suka-suka. Namun begitu begitu saya pasti situasi yang sama juga dialami oleh setiap juri Oscar yang menilai. *BACA ULASAN PENUH @ THEDAILYSENI