Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

The Wailing (2016)

The Wailing ni sejenis filem seram yang kejap kau percaya, kejap kau tak percaya..last sekali kau rasa kau 'mabuk'! Maksud aku begini.. Kau sangka ia akan berakhir dengan tenang dah habis di minit ke-120 tetapi selepas itu, lebih 30 minit yang terakhirnya ialah jawapan semua persoalan yang kau fikirkan sepanjang menontonnya di peringat awal. Ia bermain tarik-tali dengan 'kepercayaan' kau kepada punca segala kecelakaan yang berlaku di kampung Goksung itu. Sebenarnya di babak awal kau sudah disuapkan dengan umpan yang kau kunyah bulat-bulat tentang siapa punya angkara? Tetapi permainan filem ini melalui watak polis Jong-Goo yang nampak bodoh-bodoh alang telah mencelarukan persepsi kau siapa sebenarnya sebagai dalang jahanam? Dan kau seolah memuntahkan semula kepercayaan kerana kau seperti Jong-Goo yang juga jadi 'bodoh-bodoh alang' kerana mendapat benda lain yang dimanipulasikan. Padahal subjek suspek utama masih SAMA! Di pertengahan cerita setelah kau d