Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

KASINO oleh Saifullizan Tahir ~ hari-hari pu**ek seorang antihero

SINOPSIS: FACEBOOK ms.268 Setiap perbuatan, setiap pergerakan bagai simbol kepada sesuatu yang lain. Sesuatu yang suci dan keramat tetapi tidak berapa difahami. Ikut saja, kau akan bahagia, dunia akhirat. Amin. Novel ini ialah political satire. Ceritanya tentang 14 hari mengekori diari kehidupan Dato' Mohd Narcissus Yussof. Macam program tv realiti dengan lensa-lensa kamera dan perakam bunyi memaparkan kesemua sudut 360 darjah luar-dalam kisah tertekan (dan nikmat) hidupnya beliau untuk mengumpul RM3.8 juta supaya dipulangkan semula kepada empunyanya, MB negeri Tualang. Dia ialah antihero yang melakukan setiap apa yang mungkin tidak elok kepada diri pembaca tetapi benar-benar menyeronokkan sebenarnya. Malahan begitu gentleman dan macho? Narcissus seperti mitologi Greek begitu taksub dengan kemuliaan diri sendiri yang saya rasakan sememangnya berhak untuk melabelkan dirinya sendiri sebagai hampir-hampir sempurna secara berdikari. Walaupun selalunya orang sekeliling sering juga menga

SONGLAP (2011) ~ Ad punya pasal lah ni!

Filem ini menganggap bahawa khalayak wayang kini sudah pandai memahami penceritaan secara subtle tanpa perlu membentangkan kronologi asal-usulnya satu-persatu A, B, C.. Warnanya dipudarkan beradun dengan muzik latar chaotic dan tangkapan kamera seringkali berjarak dekat/ganjil dengan suntingan liar sudah mendesak bersesuaian dengan penceritaan realisme yang berpecah-pecah berkecamuk. Siapa-siapa perwatakannya pula dikenali dari wajah/identiti dan isikandung pertuturan keras serta paparan situasi/emosi yang dikembangkan tanpa perlukan introduksi berlebihan. Ringkasnya filem ini 'bijak' semasa bercerita. Kisahnya berlegar-legar di antara kelompok-kelompok keluarga/geng yang berkompromi/berkonflik sesama mereka. Semuanya kerana duit dan/atau nafsu. Walaupun dunia bahaya/jijik yang menjadi pentasnya, ia mempunyai sistem kuasa hirarki yang tersusun dan terkawal selagi ketua-ketuanya Abang Mat (Hasnul) , bapa Hawa (Omar), Chipun (Fauzi) berfungsi secara rutin dengan betul/lancar sela