Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Dying for support (The Sun)

*baca penuh >> THE SUN

NATRAH (2010) ~ pementasan ala telefilem?

*teater Natrah (2010) dilanjutkan sehingga 7 Dis '10 Pengarah: Eirma Fatima Genre: melodrama bersejarah http://www.istanabudaya.gov.my/teater_natrah Saya tidak dapat mengelak dari membandingkan di antara kedua-dua persembahan teater Natrah 2009 dengan Natrah 2010. Yang paling ketara ialah ketiadaan Samantha Schubert untuk watak Adeline Hertogh yang kini digantikan dengan Susan Lankester. Bukan untuk menidakkan kemampuan Susan, tetapi sejujurnya saya berpendapat bahawa kekuatan utama pertembungan konflik di antara watak Aminah lakonan Umie Aida dengan watak Adeline ialah kerana dahulunya dilakonkan oleh Samantha dengan begitu meyakinkan dan dramatik. Namun begitu, Natrah 2010 masih punyai kekuatan (dan kelemahan) tersendiri yang wajar dibanggakan oleh semua kru produksinya di bawah arahan Eirma Fatima :-) Natrah 2010 masih mengekalkan melodrama yang hanya berlatarkan sejarah sebagai sandaran era dan rangka sahaja. Malahan naratifnya kali ini lebih terasa longgar untuk tidak bersifat