Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

THE SECRET LIFE OF WALTER MITTY (2013)

Adaptasi filem kali ini hanyalah mengambil asas watak Walter Mitty sahaja yang suka berfantasi dalam kehidupan harian tanpa mengikut jalur cerita aslinya. Pengubahan paling ketara untuk versi filem ini ialah latar watak asal Walter Mitty yang sepatutnya sudah berkahwin. Filem ini seolah cuba menggarap penceritaan filem-filem komedi seperti Mr. Bean’s Holiday (2007) yang dicampur dengan drama umpama The Motorcycle Diaries (2004). Perwatakan naif Mitty seiras watak Forrest Gump (1994) yang mempunyai kekuatan seperti watak About Schmidt (2002). Namun begitu, Walter Mitty masih terserlah sebagai watak unik yang menjadi rujukan sejak cerpennya dahulu sebagai simbol seseorang yang suka berhalusinasi atau berangan semasa hidup seharian seperti juga watak dongeng Mat Jenin tempatan kita. *BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

47 RONIN (2013)

Watak Kai (Keanu Reeves) sebagai ‘half-breed’ atau darah kacukan bangsa Jepun-Barat ditambah ke dalam kisah asas tentang 47 orang samurai yang digelar ‘Ronin’ itu sebagai orang luar dan asing untuk merumitkan lagi konflik. Mengangkat watak Kai sebagai hero dan tarikan utamanya melalui poster dan trailer, tanpa disedari telah menjadikan filem ini seakan tidak jujur dengan judulnya mengenai 47 orang samurai. *BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

THE HOBBIT: THE DESOLATION OF SMAUG (2013)

Dikatakan bahawa buku asal The Hobbit hanyalah mengandungi lebih kurang 95,674 patah perkataan (Bahasa Inggeris) atau 330 muka surat. Namun begitu, siri filem The Hobbit dikembangkan kepada 3 buah filem dengan penambahan plot dan perwatakan untuk kesesuaian prekuel siri LOTR serta menjadikan pengembaraan Bilbo Baggins lebih menarik dan semakin mencabar. Misalnya, watak-watak yang tiada dalam bukunya iaitu Legolas (Orlando Bloom) dan Tauriel (Evangeline Lilly) ditambah dalam filem The Hobbit: The Desolation of Smaug. Begitu juga plot percintaan di antara Tauriel dari kaum Elf dengan Kili (Aidan Turner) dari puak orang kerdil Dwarf. Sekaligus dengan tambahan watak-watak itu telah membolehkan plot filem ini dikembangkan dengan lebih semarak. *BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

KOLUMPO (2013) ~ Kisah Hilang & Jumpa

NOTA: Ulasan ini kali pertama diterbitkan di portal Astro Awani dan disunting oleh sultanmuzaffar :) Oleh: Ajami Hashim Kolumpo ialah kompilasi 3 buah filem pendek yang menjadikan Kuala Lumpur sebagai pentasnya. Seperti filem-filem tempatan lain sebelum ini yang menyorot sisi-sisi terpilih penceritaan yang terpencil, sekadar menyebut beberapa buah filem yang baik seingat saya adalah Anak Halal, Chow Kit, KL Gangster, Layar Lara, Cinta. Struktur ceritanya bergiliran seperti filem Maut atau Sini Ada Hantu. Namun kalau dipecahkan satu-satu secara berdikari ia ialah dalam kategori filem-filem pendek yang baik dan seringkali dibikin oleh penggiat filem bajet rendah dan murah dalam durasi 30 minit. Uniknya filem Kolumpo kerana sebahagian besar durasi paparan cerita bergerak secara linear yang berlaku kurang 24 jam bagi setiap cerita dengan sedikit babak imbas kembali (flashback) dalam cerita 2 dan 3. Cabaran utamanya pula ialah pembikinan filem pendek sebegi