Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

Perempuan Tanah Jahanam @ Impetigore (2019)

Filem ini konfliknya berpunca dari nafsu syahwat haram dalaman sebuah keluarga yang merebak menjadi sumpahan ke seluruh kampung. Kemarahan seorang ibu, Nyi Misni kepada Nyai Shinta yang sekali lagi mengulang nafsu syahwat haram dalam keluarga bila berjimak dengan anak Nyi Misni iaitu Ki Saptadi. Sebenarnya kejadian itu ironi kepada Nyi Misni sendiri - anaknya pula meniduri isteri orang. Maya @ Rahayu menjadi keberhasilan seorang manusia yang 'suci' walaupun dia dilahirkan sebagai 'anak kotor'. Ki Donowongso yang mandul dan ego sebagai dalang wayang kulit pula sanggup mengorbankan kulit manusia lain semata-mata untuk menjaga status bahawa keturunannya mesti dilihat secara luaran, secara harfiah/literal - kulit Rahayu sentiasa sempurna. Pertembungan di antara 2 ritual ilmu hitam di antara Nyi Misni melawan Ki Donowongso hasilnya ialah ulang-alik sumpahan yang berpanjangan kepada bayi-bayi kelahiran Desa Harjosari bertahun-tahun. Hanya Ratih sahaja yang waras untuk mencuba