Salaam.. Pertama kali saya mendengar tajuk Geng Surau ini saya teringat Geng Bas Sekolah di Astro Ceria? Secara asasnya, siritv ini mengisahkan tentang watak Mayat/Razif ( Beto Kusyairy ) seorang budak setan yang kini menjadi lagenda (Lagenda Budak Setan?) yang pulang ke kampungnya semula setelah 3 tahun di pusat pemulihan akhlak. Diantara kejahatan (kenakalan) paling kejamnya iaitu meletupkan seekor kambing! kepunyaan Abang Abu salah seorang jiran yang juga penjaga surau di kampung itu (baca: Mayat pernah berwatak seakan pengganas?) Itu belum lagi termasuk beberapa aktiviti 'jahat'nya yang lain kepada orang kampung yang kini menghantui mereka sampai bila-bila. Sekali fikir watak anti-hero Razif sewajarnya ditakuti dan mungkin ironi untuk diangkat bagi sebuah siritv yang bertemakan keagamaan bertajuk Geng Surau? Mungkin ia berbunyi gelap ala-ala filem Castello atau Budak Kelantan? Namun begitu setelah menonton episod pilot dan ke-2 siri ini saya merasakan bahawa siri