Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

Laksamana Cheng Ho ~ persembahan kostum yang menarik melebihi naratifnya?

Salaam.. Katanya ia adalah sebuah persembahan bangsawan? Mungkin kerana ceritanya mengenai kisah zaman dahulukala yang berbabak-babak? Agaknya juga dengan kewujudan 'extra-turn' atau segmen tirai dilabuhkan untuk penukaran prop dimana penyanyi undangan menyanyi di depan tirai (seperti yang diberitahu oleh Que Aril dan Sobri Anuar ) ialah struktur sebuah persembahan bangsawan? Saya hanya terima sahaja. Namun pada pendapat saya, ia masih seperti sebuah persembahan teater muzikal mengikut label yang dipopularkan oleh Istana Budaya..hahaha! Saya beruntung dapat duduk di barisan hadapan sekali (terima kasih Chekem Mirza ) berdekatan dengan band pemuzik. Saya memang akui bahawa iringan muziknya sangat bagus. Cuma sistem audio untuk mikrofon Que Haidar dan Abby Nadzri semasa babak 1 kurang berkualiti dimana sukar untuk saya menangkap butiran isi nyanyian mereka. Usaha merealisasikan suasana dalam istana, pekan dan bahtera dengan hanya lukisan besar sebagai backdrop dan binaan yang ri

Adnan Semp-it ~ aku harap filem ini akan kutip RM10 juta!

Salaam.. Saya ucapkan tahniah kepada pembikin trailer filem ini kerana berjaya 'menjual' ideanya dengan ringkas sebagai 'umpan'..ya! saya memang terpancing selepas kali pertama menonton trailernya pada 24 Dis 09 yang lalu sebelum tayangan filem Muallaf lantas men-tweet-nya: "trailer Adnan Sempit ni mcm best kelakar jahanam plak! wajib tonton nih! :)" Lalu dengan perasaan tanpa sebarang prejudis, saya menontonnya semalam..mungkin ada yang nak tahu sangat apa pendapat saya?..hahaha! Betul sangkaan awal saya bahawa naratif filem ini sangat-sangat ringan dan amat-amat menghiburkan berbanding filem-filem komedi sekelompoknya sebelum ini. Akhirnya saya menemui sebuah filem komedi arahan oleh Ahmad Idham yang kemas dari segi penceritaannya. Kemas yang saya maksudkan ialah dari segi sinematografi oleh Raja Mukhriz , suntingannya yang kurang meleret serta pemilihan para pelakon yang bagus terutamanya Shaheizy Sam sebagai Adnan Sempit. Dari segi isi cerita memang ia pr

FACT Student Shorts 2010

Salaam.. Hasil penayangan filem-filem tersebut memberi respons dari berbagai sudut samada dari si pembikin mahupun si penonton. Ia berhasil sebegitu bergantung kepada jalan cerita, persembahannya dan durasi bagi setiap filem. Respons yang saya maksudkan ialah penerimaan khalayak samada ia dianggap seronok untuk ditonton apabila mereka faham atau sebaliknya. Sudut pandangan penonton juga berkait-rapat dengan sejauh mana mereka dapat meneka kehendak si pengarah dan produksi untuk bercerita. Sampai atau tidak? Khalayak yang tampil bertanya selepas setiap tayangan pula bergantung apa nawaitu mereka samada sekadar hendak menguji kemampuan pengarahnya menjawab dan mempertahankan ceritanya?.. atau mereka memang hendak tahu apa ceritanya?.. atau melontarkan pandangan sisi peribadi mereka tentang apa yang difahami? Saya tidak hirau sangat pasal siapa dan apa yang ditanya oleh setiap orang yang ke depan bertanya. Tetapi saya seronok melihat bagaimana setiap salah seorang dari anggota produksi

Ibu Mertuaku (1962)

"Inilah Radio Singapura!" ..dan Kassim Selamat dengan ahli pancaragamnya diperkenalkan lantas melagukan Jangan Tinggal Daku secara langsung. Intercut kepada Sabariah Mansoor - diehard fan yang ghairah mendengarnya dari corong radio! Pembukaan yang direct bahawa ia kisah cinta di antara Kassim dan Sabariah. Diikuti oleh introduksi watak Nyonya Mansoor, ibu Sabariah seorang janda tua yang kaya-raya dan urban seorang perokok yang memiliki sebuah rumah mewah di tepi laut. Lokasi rumah dan perwatakan Nyonya Mansoor itu sudahpun memberikan exposition bahawa dia ialah seorang yang dominan, superior dan vicious kepada sekitarannya. Dalam erti kata lain dia bakal menjadi penghalang atau antagonist serta malapetaka bagi kedua-duanya. Babak-babak seterusnya lebih ke arah comedic untuk 'menemukan' Kassim dan Sabariah. Panggilan telefon oleh Sabariah kepada Kassim yang mengatur blind-date di Capitol Blue Room pada pukul 10 malam menyerlahkan monotoni watak keduanya kerana saling t