Filem apa genre sekali pun yang dibikin pasti ada sesuatu yang hendak diceritakan. Bermula dengan mungkin sekecil-kecil idea di benak seorang penulis skrip atau seseorang yang akan menceritakannya kepada seorang penulis skrip, maka akhirnya akan terhasillah sebuah filem. Kebanyakan filem hanya 'memberi' secara terus sehala - apa yang dipapar dan diperdengarkan, itulah juga yang dilihat dan didengari oleh si penonton. Reaksi umum filem-filem sebegitu cuma seronok atau tidak ceritanya selepas habis ditonton, mungkin mudah dilupakan. Kemudian, akan ada sesekali filem yang 'memberi dan menerima' secara dua hala - apa yang dipapar dan diperdengarkan, menerima reaksi dan tafsiran yang berbagai tentang apa yang dilihat dan didengari oleh si penonton. Saya menggelar ia sejenis filem 'blind men and an elephant' iaitu cerita yang mampu menimbulkan polemik di kalangan orang yang sudah atau belum menontonnya. Malahan mungkin mencetus pemahaman cerita yang langsung tida