www.facebook.com/namron69 Ayah, kenapa tebang pokok pisang? (2008) ~ kebisingan realisme yang dipekakkan? "This short film shoot with panasonic P2. The location is in Klang. It's about NEP, how the poor more poorer and the rich more richer. The objective is to educate the society. The year of making is 2008." ~ Nam Ron (scriptwriter & director) *filem ini hanya boleh ditonton di facebook Nam Ron >> "Ayah, Kenapa tebang pokok pisang?" Struktur (pemaparan) Penceritaan filem ini seolah-olah ringkas tetapi berat isinya. Struktur naratif hanya memecahkan kepada 2 durasi era sebelum dan selepas sebuah kampung tradisional 'dimajukan' kepada sebuah pekan kecil. Perjalanan hidup Rahmat, seorang lelaki pekak dalam pencarian rezeki untuk keluarganya dijadikan foreground yang seakan tiada respons kepada apa yang berlaku tetapi merasa bahana akibatnya paling teruk. Manakala watak-watak background (yang tidak dipedulikan oleh Rahmat) adalah naratif yang s