Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Teater Muzikal GERIMIS MENGUNDANG (2012)

TEMPAHAN TIKET: TICKET2U  Salaam.. Sesebuah persembahan teater muzikal di Istana Budaya akan pastinya kedengaran gah! Selalunya yang terbayang oleh penonton sebelum masuk ke panggung yang gah itu juga ialah persembahannya nanti akan ada 'turun-naik' pentas dengan pelakon serta penari yang ramai. Iyalah kerana pentasnya ekstravaganza! Gerimis Mengundang ialah sebuah kisah bukan adaptasi dari versi filemnya akan datang ke pawagam. Cuma nama watak utamanya sahaja iaitu Zamani (Kamal Adli) seorang juruterbang helikopter perdagangan yang dikekalkan. Malahan perwatakan Zamani versi filem dan teaternya sangat-sangat berbeza. Setahu saya Zamani (filem) ialah seorang yang serius dan tak percaya kepada cinta, manakala Zamani (teater muzikal) ini sangat kontras ialah seorang playboy yang kelakar. Naratif teater ini sangat mudah dan terserlah ke-klise-an-nya dengan elemen-elemen seperti filem/telefilem Melayu yang biasa. Cinta 3 segi, kehidupan riang-ria pelajar di kampus, club