www.cicakman.com Cicakman 2: Planet Hitam hendak mendekati siapa sebenarnya? Kanak-kanak yang berangan nak jadi superheroes atau orang dewasa yang sukakan genre superheroes? Atau kedua-duanya sekali? Bagi aku, ia sangat mengelirukan seperti juga kemusykilan identiti watak Hairi dan Cicakman itu sendiri. Malahan ada ketikanya kedua-dua watak seakan tiada bezanya mungkin cuma kostum sahaja yang bertukar warna dan bentuk. Perwatakan Hairi dengan lawak bersahajanya masih sama juga bila dia memakai sut Cicakman tetap dengan lawak ala lurus bendulnya. Watak Cicakman mesti ada perbezaan yang ketara selain dari keupayaan superheroes-nya berbanding watak manusia biasa seharian sebagai Hairi. Itulah yang sepatutnya berlaku kerana dimana orang tidak akan mengenali identiti sebenar Cicakman apabila dia memakai sut khas itu. Tapi kalau kedua-dua watak seakan sama perangai dan tingkahlaku serta perwatakannya, maka ia jadi biasa. Betul! Kelebihan memakai sut Cicakman memudahkan Hairi berlari, melomp