Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

SETEM ~ black comedy ala 1Malaysia?

http://www.setemmovie.com/ Kisah komedi perlu mengundang ketawa. Cerita jenayah mestilah serius. Filem SETEM 'mengkahwinkan' kedua-duanya dalam satu naratif yang berkait-kait dan berpusing-pusing. Adakah ia benar-benar menjadi? Apakah situasi kelucuan boleh dicetuskan dari kejadian yang cemas dan berbahaya? Barangkali ya!.. mungkin juga tidak? Baguskah arahan Kabir Bhatia sehinggakan Azwan Ali berjaya berlakon bukan seperti 'Azwan Ali' macam filem-filemnya terdahulu dengan baik dalam filem ini? (walaupun cameo) bersambung.. *blogger lain katanya? tontonfilem afiqsays marimerepek mykerabukerang nurul-dsp hazelrose79 adamarjuna thewanonly silaserazwanali cartoonrama amyikram cutecurry azmin-kuminpunya katasuhaimi maizura-tbm adenium nununhana dukelucedellamore ikhares yoyoohcom cikgumanstation ummemaisarah adiewaridi ironboard19 adiluqman golden-judd mohdhaiqal deennasour sinaganaga *media lain katanya? mstaronline tupai

INTAN YANG TERCANAI ~ ulasan oleh Ajami Hashim

"Jika mustahil pada tersurat, carilah pula apa yang tersirat" Salaam. Mungkin ini kerenah saya kerana kadangkala apabila hendak menonton sesebuah persembahan teater, saya cuba mengelak dari membaca sinopsisnya. Saya hanya datang dengan spekulasi yang neutral kepada apa yang bakal dipersembahkan. Maksud saya, apa isinya?.. apa ceritanya? Saya letakkan diri saya sebagai penerima yang terbuka kepada apa saja pemberian dari persembahan itu. Jalan cerita yang saya ikuti seumpama mengupas lapisan daun bawang satu-persatu dimana pemahaman saya menggunung sedikit demi sedikit. Teater ini dipecahkan kepada beberapa segmen secara non-linear storytelling. Naratifnya bermula dari titik tragedi Terowong Al-Mu'aysam yang mengorbankan 1,426 jemaah haji pada 2 Julai 1990. Pembukaan kisah dengan kemunculan segerombolan pelakon lelaki dan perempuan yang berpakaian ihram dari arah depan pentas terus ke persada utama pentas secara simbolik melakukan tawaf diiringi laungan Talbiyah beramai-r

SUB ROSA ~ filem pendek oleh Nadiah Hamzah (ulasan penuh yang pendek)

Pada pendapat saya, asas naratif filem pendek ini ialah sifat azali manusia yang ingin tahu dari sesuatu perihal yang dilihat secara zahir. Namun setelah didalami, mungkin perihal yang sudah dirasakan sedikit difahami itu sebenarnya ia lebih kompleks. Tajuk Sub Rosa itu sendiri adalah metafora kerahsiaan yang disadurkan sebagai 'tudung' dalam filem ini. Apa sahaja yang terlindung selalunya hendak diselak untuk melihat bentuknya. Setelah itu, tanggapan akan berubah samada akan lebih mendesak untuk diamati atau sebaliknya berhenti dari terus meneliti kerana ketidaksesuaian atau dilarang. Dalam ertikata lain ia adalah nafsu bagi memiliki sesuatu yang bukan kepunyaan kamu. Kecuali kesanggupan kamu untuk mengorbankan atau berkorban dari keperluan diri sendiri untuk mendapatkannya yang pasti akan berubah menjadi perkongsian. Filem ini mengisahkan Ayesha, seorang gadis kulit hitam muslim yang mula dipertembungkan dengan Kurt, seorang jejaka kulit putih (barangkali beragama Kristian)