JALAN PINTAS (FB) NOTA: ulasan ini mungkin ada spoiler! JALAN PINTAS bercerita secara linear di awalnya sehingga babak Bakar Najib (Auf Razak) ditikam! Kemudian, bang! reverse chronology untuk 'pilihan ke-2' oleh bakar 'what if' dia tidak melalui jalan pintas yang sama? Struktur penceritaannya terus bergerak sekali lagi dalam versi yang ke-2 secara penuh dengan bermula di bilik Bakar baru bangun tidur untuk pergi ke satu temuduga. Kali ini pengulangan kisah lengkap sepenuhnya dengan backstory/flashback dan apakah sebenarnya tujuan Bakar di awal cerita tadi? Dari situ penceritaan filem arahan Nam Ron, skrip oleh Ayam Fared ini sudah tak berhenti untuk mengikuti perjalanan seharian hidup Bakar yang penuh dengan pancaroba. Dalam ertikata lain, ini ialah hari paling screw-up, worst case scenario, the most f**ked-up dalam hidup seorang yang bernama Bakar (atau berdasarkan pengalaman Ayam Fared eh? huhu!) Kualiti filem ini nampak sangat kasar bikinanny