Selemah-lemah teguran dan peringatan ialah melalui nawaitu (baca: tidak setuju dan tidak redha), kalau termampu ia disyarahkan dengan kata-kata atau yang terakhirnya melalui perlakuan fizikal. Bade Hj Azmi pula melakukannya melalui filem MAUT yang sedikit-sebanyak meninggalkan bekas yang keras terus menghentam ke hati dan menghentak akal fikiran. Itulah ringkasnya intipati filem ini yang cuba mendedahkan sebahagian kisah pekung dalam masyarakat lalu menayangkan barangkali balasan awal apa yang setimpal sebelum ajal. 3 buah segmen cerita dalam filem MAUT memaparkan sebahagian peringkat-peringkat kematian manusia dan reaksi orang sekitaran yang masih hidup dari sudut pandangan agama dan sosial. Struktur naratifnya dipecahkan antara kebarangkalian yang disusun mengikut kronologi bulan Sya'aban, Ramadhan dan Syawal iaitu sebab serta akibat seseorang itu mati dari latar semasa hidup watak si mati atau yang terbabit dengan si mati. Menurut Kabil Akbar katanya : “Allah SWT telah mencip