terkini: rebiu megat PART.1 PART.2 The dramatist needs not only characters who are willing to put up a fight for their convictions. He needs characters who have the strength, the stamina, to carry this fight to its logical conclusion. ~ The Art of Dramatic Writing by Lagos Egri pg. 80 Cinta Julia berdiri teguh kerana perwatakannya yang kukuh. Naratifnya agak kebiasaan tentang kemandirian seorang wanita bernama Julia (Fauziah Nawi) sejak kecil sehingga puncak usianya. Dia bermentorkan sejarah hidup ibunya sendiri dari kacamata dan pengalaman bersama. Setiap turun-naik realiti kehidupan ibubapa Julia menjadi pelajaran yang diguna-pakai untuk dirinya kemudian hari. Dia mahu sekental acuan latar ibunya. Namun Arjuna yang disangkakan oleh Julia sebagai Adam untuk keperluan sifat Hawa-nya tidak mengikut azali sepatutnya. Jiwa dan desakan feminin Julia memang terseksa yang amat sangat! Lalu dia jadi semakin kematu serentak keluluhan dalamannya sendiri. Akhirnya Julia memilih satu jalan seha