FAST & FURIOUS 7 (2015) ialah sambungan kronologi sebenar atau sekuel siri filem ini, selepas The Fast and The Furious: Tokyo Drift (2006) iaitu filem ke-3 yang diterbitkan oleh Universal Pictures. Bagaimana kisahnya boleh melompat macam itu? Anda kena menonton secara maraton kesemua 6 filem terdahulu sejak yang pertama di tahun 2001. Fast & Furious 7 ternyata membesarkan lagi empayar pasaran siri filem ini yang mempunyai ciri-ciri ‘formula’ jalan cerita yang sama untuk setiap pembikinannya seperti berikut. Pertama sekali ialah barisan berbagai jenama kereta yang lawa laju pantas hebat. Kedua ialah gabungan ‘team’ atau keluarga pemandu-pemandunya yang juga kuat dan hebat. Ketiga, aksi-aksi lumba kereta atau kejar-mengejar kereta yang mengujakan di lokasi-lokasi yang luas atau sempit atau tinggi atau ngeri atau curam atau merbahaya atau gelap atau jalan sebok atau jalan tak ada orang lalu-lalang pun atau dalam kenderaan lain atau bawah kenderaan lain atau dalam bot atau dalam k