*sila tonton Odoi Odu secara online di sini >> ODOI ODU Filem Slumdog Millionaire menang 8 anugerah di Oscar, filem Odoi Odu arahan Farizie Morinding pula membolot 4 anugerah utama iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Cerita Terbaik dan Lakonan Terbaik. Maka dengan itu benarlah tekaan berdasarkan penontonan secara peribadi saya untuk memilih Odoi Odu sebagai yang terbaik (fyi, dalam ulasan saya itu saya tulis >> filem ini seperti di-edit menggunakan Windows Movie Maker ajer! memang nampak murah! >> menurut Farizie MEMANG filem itu disunting dengan Windows Movie Maker pun! dan saya begitu kagum!) begitu juga dengan filem-filem Mirror arahan Christopher Low dan Aku arahan Shuhaimi Zulkefli dalam posting sebelum ini. Saya sempat berjenaka melalui sms dengan Gayatri Su-Lin apabila ia dinobatkan bahawa Odoi Odu ialah 'Slumdog Millionaire' untuk Astro Kirana Short Film Awards malam tadi. Semasa berbual santai dengan Afdlin, Gayatri, Julian dan Ir