Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

I, FRANKENSTEIN (2014)

Di antara kedua-dua pertembungan gargoyle dan demon itulah watak Adam Frankenstein terperangkap bersama dengan seorang manusia iaitu Terra Wade. Yang menjadi tandatanya juga, kononnya pihak gargoyle seolah pelindung manusia dari kuasa demon tetapi dalam filem ini watak manusia hanyalah seperti semut-semut yang bersiar-siar semasa gajah berlawan dengan burung garuda. Bayangkan pertempuran sengit meletup terbakar di sekitar bandaraya dan angkasa, tidak langsung dipedulikan oleh penduduk di situ. Mungkin mereka bertempur dalam dimensi dunia lain yang halimunan? Mungkin juga! Siapa tahu? *BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

LONE SURVIVOR (2014)

Lone Survivor versi filem ini setanding dengan filem ketenteraan Saving Private Ryan (1998). Ia tidak keterlaluan mengangkat isu politik perebutan kuasa siapa kuat, siapa lemah semasa peperangan tetapi mengkedepankan drama moral mengenai keperitan sebuah ‘peperangan’. Misi ketententeraan untuk menangkap Ahmad Shah hanyalah punca naratif filem ini, dimana realisme semasa pertempuran perang itu yang diceritakan secara sangat teliti dan amat menakutkan. Mungkin ada yang menyatakan filem ini ialah propaganda heroisme Amerika, namun saya melihatnya lebih kepada kesedaran untuk ‘membenci’ sebuah peperangan secara umum. *BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

THE LEGEND OF HERCULES (2014)

Meletakkan pelakon utama muda yang semakin popular iaitu Kellan Lutz sebagai watak Hercules hanyalah gula-gula mata dengan badannya yang sasa tetapi kosong dari dalam emosinya. Mungkin faktor dan alat pemasaran untuk menarik penonton remaja yang masih terliur dengan lakonan dan wajah Kellan Lutz dalam siri filem Twilight (2008-2012) menjadi taruhan utama produksi memilihnya sebagai Hercules. Mungkin juga lakonannya sebagai watak Poseidon yang juga menjaja susuk tubuhnya dalam filem epik Immortals menjadi penyebab dia terpilih. Walau bagaimanapun The Legend of Hercules pasti akan melonjakkan lagi karier Kellan Lutz di masa akan datang. Itu sahaja. *BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA

PARANORMAL ACTIVITY: THE MARKED ONES (2014)

Untuk sebuah filem seram, ia berjaya merencahkan elemen-elemen yang wajib diberikan kepada penonton. Sebahagian besar penceritaan bergantung sepenuhnya kepada persepsi yang sangat terhad melalui tangkapan kamera mengenai apa yang ada di sebalik ruang-ruang gelap dan menyeramkan. Detik-detik menunggu dan memerhatikan setiap apa yang akan tiba-tiba muncul di lensa kamera dibauri jeritan atau dentuman kuat ialah momen-momen seram yang menjadi permainan utama filem ini. * BACA ULASAN PENUH @ ROTIKAYA