Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2008

sepi ~ 3 cerita cinta 3 segi

UPDATED: 11 Jun 2008/12am Salaam.. Bagaimana untuk menceritakan 3 buah cerita cinta 3 segi dalam 1 filem? Senang sahaja.. pecahkan kepada 3 bahagian dan ikat ketiganya dengan 1 insiden yang tragik!.. Itulah kisah dalam filem SEPI. Memang nampak macam mudah, tapi sukar untuk digarap dan mungkin akan 'memenatkan' penonton!.. Secara ringkasnya, SEPI memecahkan ketiga-tiga cerita mengikut giliran masing-masing dengan tajuk berdasarkan nama protagonist yang hendak diikuti ceritanya: Adam, Sufi dan Imaan (teknik suntingan multiple title & sub-story yang sama juga digunakan oleh filem Puaka Tebing Biru dahulu). Di akhirnya, kesemua cerita diulangkaji semula sebagai konklusi/klimak untuk melihat 2 bucu mana yang akan kekal atau sebaliknya?.. dan 1 bucu mana yang akan ditinggalkan buat selamanya? Naratif filem ini asasnya sama iaitu main sorong papan-tarik papan, jongkang-jongkit dan kejar-mengejar di antara 3 orang individu yang berkaitan dalam setiap cerita. cerita 1: Suzie-Adam-

BUAL SANTAI: an interview with Saw Teong Hin

Salaam.. Asalnya ia sekadar ura2 & sembang2 kosong dimana akhirnya Saw Teong Hin bersetuju utk ditemubual di rumahnya sendiri di Ampang pada 21 Jan 2008 yg lalu.. awalnya saya gusar juga dlm hati kerana akan bersoal-jawab dgn seorg pengarah yg digelar 'mega budget director' dek produksi Puteri Gunung Ledang dulu.. mungkin sukar agaknya utk berjenaka dgn beliau?.. tekaan saya meleset sama-sekali!.. Saw Teong Hin adalah seorang yg mudah mesra sekiranya kamu benar2 sudah mengenalinya.. dan satu perihal yg saya begitu salut & kagum ialah beliau adalah seorg pembikin filem yg sangat teliti & amat terperinci dlm setiap benda dlm pengarahannya!.. dlm ertikata lain, beliau adalah seorg perfectionist .. oh! ya! interior decor rumah beliau sgt kemas, santai & minimalist.. tangkapan SONY Handycam saya cuma dibuat di beranda rumahnya dikelilingi kehijauan tanaman hiasan yg amat menenangkan serta dilatari oleh musik instrumental santai.. maaf ya! tiada gambar! kerana rumah