Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2008

drama raya @ ASTRO [UPDATED]

Takbir Suci 3 tayangan: 30 Sept, 11 mlm, ASTRO RIA penulis skrip: Panel Skrip Opera Klasik ~ Rashid Sibir, Basri Musa, Nora Sham, Hajis Sipir pengarah & penerbit: Rashid Sibir ~ Opera Klasik sdn bhd pelakon utama: Raja Azura ~ Nora Fauziah Nawi ~ Mak Wan Norlia Ramli ~ Mak Nen Tam ~ Samad Mohamad Hirzi ~ Usop Farish ~ Salim Nursuhadar ~ Jah Fathin Najwa ~ Nor Mungkin Rashid Sibir mahukan reformasi cara naratif dramatv olahan-nya. Kerja kamera yg senget-benget sgt minima! Shot yg pjg termenung juga kurang. Betul! Drama ini mulanya bergerak perlahan-lahan menyelinap perasaan mahu ditonton dan akhirnya dihabiskan dgn penyimpulan klimak yg di luar jangkaan! Ya! Sekuel kali ini semuanya memfokus snapshot watak Nora setelah kematian kekasihnya di bahagian terdahulu. Ia adalah peluang kali ke-2 bahkan peluang kali ke-3 (terakhir) utk Nora. Betulkah watak hitam busuk Nora tidak mampu lagi diputihkan walau dgn apa cara sekalipun? Mungkin itulah sebahagian realiti analogi manusia yg berhati

Haru Biru (2007) ~ psikometri untuk budak-budak liar!

Sebuah filem yang habis ditonton lalu meninggalkan bekas bersoalan samada ia benar atau sekadar fantastik cara naratifnya dipaparkan, mungkin perlu diambil tahu? Itulah barangkali filem Haru Biru yang klise tapi di- avant-garde -kan? Ya! Ia amat raw ! Pandai sungguh filem ini bermain dengan isu keliaran tanpa batas dan nafsu serakah! Wanita-wanita (Ariana dan Suzi) dahagakan seks dan perhatian adalah sumber primer seksualiti (bukan cinta I love you, you love me yang jiwang!) manakala dadah punca sekunder menjadikan ia fantasi yang seronok sekaligus mengerikan bagi Kid (wakil budak paling liar dan kasanova). Di tengahnya ialah watak mulus Dani, mungkin satu-satunya harapan terakhir kalau sempat! Ya! Dani ialah simbol cita-cita murni seorang anak muda yang masih putih (harapnya) di tengah kebanjiran disco yang sah di KL dengan melabelkan maksud entertainment baginya ialah sebuah fun-fair! Juga masih jantan asli kerana bernafsu ambil gambar curi wanita berbogel di bilik salin baju (

The Kite Runner ~ lelayang sebuah persahabatan

http://www.kiterunnermovie.com/ " For you, a thousand times over!" ~ Hassan Salaam & Selamat Berpuasa.. Sejujurnya ia sebuah filem yang sarat berjiwa dan penuh emosi. Latarnya amat menakutkan tapi menginsafkan. Cerita asasnya cuma pasal erti keikhlasan sebuah persahabatan di antara Hassan dan Amir tanpa sebarang syarat. Hubungan suci itu diduga dengan satu insiden yang amat menyakitkan Hassan. Lalu salah-faham dan rasa ego Amir yang merasakan dia betul dan lebih berdarjat memusnahkan segalanya untuk berpuluh tahun. Mereka kanak-kanak. Kerana itu, mudahnya tuduhan Amir kepada Hassan sebagai pengecut. Akibat malangnya, ia merugi semua yang telah Hassan korbankan dan meruntuh rasa hormat yang Amir sendiri binakan. Filem ini juga membuktikan kasih-sayang sebenar seorang ayah di sepanjang sebuah pengembaraan ranjau yang panjang. Juga tentang rahsia yang paling sukar dihuraikan oleh Baba kepada anaknya Amir. Sekali lagi kerana nama dan status, Hassan yang tidak berdosa terhuku