Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2008

buku: The Five C's of Cinematography

ISBN: 187950541X beli di kinokuniya Salaam.. Berapa mahal utk sebuah buku kamu sanggup belanjakan?.. Mungkin di antara jawapannya ialah bergantung kpd isi dompet dan buku apa yg hendak dibeli.. kan? Selalunya saya akan rujuk di www.amazon.com dahulu, kemudian key-search di site MPH atau kinokuniya .. Buku ini saya beli semlm dan baru 15 m/s yg saya baca! Ia bukan buku cerita dongeng tapi sebuah buku ilmu paling asas psl cinematography tulisan Joseph V. Mascelli di tahun 1965 !.. Yalah! Mungkin ada yg kata "mesti dah outdated coz sekrg zaman digital okeh!" .. Oh! Silap besar! Buku ini evergreen giler! Sebab apa saya nak baca buku ini?.. Nak jadi cinematographer kah?.. Bukan! Actually saya suka tengok gambar2 dlm buku ini dan sbg bacaan seblm nak tidur!.. Boleh?

KL MENJERIT THE SERIES!

@ ASTRO RIA [Ch 104] Isnin - Khamis @ 9mlm Sinopsis: DramaRIA mempersembahkan KL Menjerit The Series tentang hidup sekumpulan Mat Rempit di Kuala Lumpur. Lakonan Adi Putra, Que Haidar, Ijoy Azhari dan Ngasrizal Ngasri.

ANAK - meroyan cara urban?

Meroyan - gangguan emosi selepas bersalin akibat perubahan hormon dlm badan yg menyebabkan seseorang ibu murung, bertindak ganas, dll. [Kamus Dewan, edisi ke-4] PTSD - Posttraumatic Stress Disorder [ wikipedia ] OCD - Obsessive-compulsive disorder [ wikipedia ] Salaam.. Anak ialah seperti sebuah filem kajian terminologi/ensiklopedia tentang perubatan/amalan tradisional dan moden! Boleh?.. Menontonnya sehingga habis saya seakan dapat info baru pasal penyakit mental, PTSD, OCD yg merujuk kpd obsesi kecantikan menentang ketuaan serta aspek psikologi juga cara-cara ilmu hitam serta bomohnya yang diimpot dari negara sempadan. Eh!.. Bukankah ini sebuah filem bergenre campuran horror dan psychology thriller kan?.. Lantas kenapa saya meroyan sejauh itu? Kamu saksikan sendiri di pawagam dan letakkan komen kamu di blog ini! Filem ini bergerak secara non-linear dimana naratifnya dipusing-putarkan secara BADAN >> KEPALA >> BADAN >> EKOR >> KEPALA. Kamu pastikan di

BUAL SANTAI: Ajami Hashim & Hans Isaac

SIARAN ULANGAN!!! "I hope one day, we have a million Malaysian watching Malay movies!" ~ Hans Isaac PART.1 PART.2 PART.3/FINAL

Dunia Baru The Movie - cerita sambil jalan-jalan!

Yeop Hitler harap 8 juta!!! ELYANA - Kau atau Aku DUTA - Cinta Antara Kita DBTM ialah road movie ! Ia adalah rentetan cerita sekumpulan remaja dalam putaran masa beberapa hari sahaja. Jalan ceritanya mudah dan seronok. Sejujurnya saya tidak pernah menonton mana-mana episod siritv Dunia Baru.. huhu! Jadi bagi seorang penonton yang 'blur' asal-usul setiap watak dalam DBTM, saya agak terkejar-kejar untuk 'mengenali' setiap nama, rupa dan perwatakan di awal cerita. Mungkin itu 'kekurangan' saya TETAPI ia juga menampakkan sedikit 'kelemahan' introduksi sesebuah skrip filem dimana sekurang-kurangnya dalam durasi 10 minit yang pertama, nama mereka perlu dipanggil atau diperkenalkan dalam mana-mana babak secara bersahaja atau apa-apalah cara sekalipun. Seharusnya apabila sesebuah filem diadaptasi dari sebuah karya lain, tidak kisahlah dari cerpen, buku, teater atau siritv, ia seharusnya dianggap sebagai karya yang baru dan anggaplah bahawa penonton semuanya men

K2 Modify [adam]

Salaam.. Tentu kamu perasan bahawa layout blog ini sudah diubahsuai kan?.. chantek ker?.. fyi, saya menggunakan asasnya dari 3-column-template yg direka oleh seorg pelajar Australia bernama Adam .. kemudian saya modify html -nya sendiri utk kelihatan spt apa yg kamu lihat sekarang!.. tadaaa!!!.. Adam sukakan layout pepandai saya ini lalu dia telah mem-posting psl blog ini di blognya.. so saya posting psl dia pula kali ini sbg tanda terima kasih saya kpdnya kembali.. huhu! femeslah sekejap blog ini 1 donia.. katanyer! ;-) *kalau kamu mahu template lain, silalah rerajinkan jari meng-klik blog Adam !