*mungkin ada spoiler! pengarah & lakonlayar: Khir Rahman penerbit & skrip asal: Raja Azmi genre: drama http://dalambotol.my/ "buka pintu buka pintu wey! ada anjing lalala.." ialah antara bait-bait lirik lagu di credit-roll filem ...Dalam Botol yang masih lekat dalam minda saya apabila keluar dari Studio Digital Mix Stage, FINAS selepas tamat pratontonnya pada 10 Nov 2010 yang lalu. Ya! Lagu dan muzik yang melatari filem ini begitu sesuai dan kena dengan setiap babaknya. Naratif yang menyentuh soal seksualiti sudah pasti sulit untuk dipersembahkan kepada khalayak apatah lagi melibatkan homoseksualiti. Perihal filem ini secara luarannya dari poster, trailer serta gembar-gemburnya sebelum ini, cuma tentang pertukaran jantina. Benar-benarkah ia sebuah karya yang terlalu taboo untuk diceritakan? *Ohhh! blablabla dotdotdot semasa menulis ulasan ini setakat ini, BlackBerry ku berkelip-kelip lampu merah tanda ada pengguna twitter yang men-tag namaku yakni ulasan yang hampir