Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2007

ANAK HALAL - Amukan Realisme Osman Ali

UPDATED: 9/12/07 Anak Halal ialah momen rehat sebentar kelajuan usia untuk menilai samada hidup kita lebih beruntung atau semalang mereka? ~ Ajami Hashim.131207 AMARAN: ULASAN INI ADA SPOILER!!! Salaam.. Ini ulasan peribadi saya. Kalau kamu tidak setuju atau menginterpretasi filem ini dari sudut lain samada berdasarkan kepandaian ilmiah atau kepakaran membikin filem oleh anda, itu hak kamu dan ini hak saya! Tiada yang semuanya benar atau khilaf walaupun mungkin tafsiran saya atau kamu TIDAK serupa dengan isi sebenar yang hendak Osman Ali ceritakan!.. atau yang kamu fikirkan! Ia cuma sebuah filem!!! Salah satu agenda sesebuah filem ialah propaganda dan lihatan peribadi pembikinnya tentang sesuatu perihal yang sudah lama terpendam bak gunung berapi dalam rembesan ingatannya! Anak Halal ialah apertur luas dan mikroskop khusus Osman Ali mengamat-amati punca dan akibat beberapa masalah sosial asas dalam masyarakat. Itu sahaja! Ia sememangnya kudis-kudis klise yang sudah diceritakan sebelum

ikhlas dari hati..

A great work is a living metaphor that says, "Life is like this ." The classics, down through the ages, give us not solutions but lucidity, not answers but poetic candor; they make inescapably clear the problems all generations must solve to be human. ~ Robert McKee Terima kasih sahabat.. karya terbaik kamu mampu mengubah persepsi, harapnya dihormati, kekallah diingati.. aku benar-benar suka!

Malam Gala Filem ANAK HALAL

Salaam.. Tahniah Osman Ali & Tayangan Unggul kerana akhirnya ANAK HALAL dipanggungkan secara rasmi. Tapi kamu di luar sana tunggu minggu depan 13 Dis untuk tayangan umum di seluruh negara! Majlis malam tadi satu petanda yang positif. Kenapa?.. kerana ada beberapa 'keanehan' di Malam Gala-nya itu: 1. Bilangan jemputan di atas kertas 'melebihi' jumlah tempat duduk di dalam panggung utama GSC! Sebenarnya jemputan rasmi telah ditentukan oleh Tayangan Unggul berdasarkan kaitan yang khusus untuk ANAK HALAL iaitu pekerja filem dan pelakonnya, pemberita, penaja, selebriti dan VIP. Tetapi menurut mereka ada ramai lagi yang 'menawarkan' diri untuk menghadirinya tetapi terpaksa ditolak secara baik kerana sudah penuh! Mungkinkah war-war respon dari tayangan khas ANAK HALAL sebelum ini di FFM (Pulau Pinang), beberapa institusi pengajian tinggi dan yang terbaru di KLIFF07 menyebabkan orang hendak menontonnya lagi dan lagi dan lagi.. agaknya lah! 2. Semasa

BUAL SANTAI: Ajami & Osman Ali [pt.1]

Di Sudut Gelap Mentari - Maya Karin [Anak Halal ost] berkecai hati terhempas tak bersambung sendiri ku pungut cebis derainya bersama raga nan hampa melara ku hanyut terbiar dalam gelora ingin benar ku jadi milikmu hingga akhir masa kita bersama namun mimpi dan hakikat berlaga nurani ku jua jadi mangsanya lalu ku pergi membawa diri ini ke sana menjauh mencari teduh di sudut gelap mentari merawat kembali serpihan hati di gelap mentari hanya kau yang lebih tahu mahu mu perasaan mu tak bisa ku paksa keputusan mu yang pedih menyiksa hanya mampu ku berdiam terima lalu ku pergi membawa diri ini ke sana menjauh mencari teduh di sudut gelap mentari merawat serpihan hati tiada ruang redup teduh buatku menghuni tanpa ada bayangmu melingkari hidupku sungguh aku menyintai dirimu namun hati mu tak bisa ku paksa keputusan yang terlalu menyiksa hanya mampu ku berdiam terima lalu ku pergi membawa diri ini ke sana menjauh mencari teduh di sudut gelap mentari