Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

RELATIONSHIP STATUS (2012) ~ warga digital jaringan sosial?

http://relationshipstatusmovie.tumblr.com/ Di ruang Basic Info laman sosial facebook selain Birthday, Sex, Religious Views dan Political Views; Relationship Status ialah identiti empunya akaun rakan-rakan dan keluarga yang wajib diambiltahu setiap saat setiap kali penggunanya log in. Filem ini cuba mengamati status yang tertera itu dari dalam dunia alam siber ke luar dunia nyata. Ia tidak pergi lebih jauh misalnya kesan facebook kepada dunia politik, agama, isu masyarakat atau ledakan informasi berguna (atau tak berguna). Filem Relationship Status cuma bercerita tentang hubungan kelamin dan/atau kekeluargaan yang berlegar di kalangan warga digital jaringan sosial masakini yang berpunca dari facebook. Dalam ertikata mudah filem ini ialah pasal permasalahan dan/atau penyelesaian seksualiti moden masyarakat urban. Mungkin seabad yang lalu perkenalan, berkasih-kasihan, pertunangan, pernikahan, perkahwinan juga perceraian hanya dalam cakap-cakap mulut di kalangan orang yang terdekat, nam