contagion Salaam. Filem ni aku tahu kewujudannya di festival filem antarabangsa venice ke-68 sehari sebelum tayangannya seluruh dunia mulai 9 September yang lalu dari penontonan 'tak sengaja' Galatv @ Astro Awani. Menonton trailernya di youtube, aku tidaklah terlalu taksub untuk menonton kecuali kerana tarikan barisan para pelakon gred A. Aku sudah jangka filem ini mesti berstruktur ensemble film/cast yang banyak plot cerita dan ramai pelakon. Ini yang berlaku selepas keluar panggung, aku rasa tidak ada apa-apa yang terlalu istimewa tentang filem ini selain dari mimikan dan tekapan dari kisah wabak penyakit yang lebih hebat dari SARS atau H1N1. Itu sahaja! Tetapi hari demi hari gambaran semula penceritaan filem ini seakan menghantui fikiran aku? Sebab tu aku tergerak hati tulis entri ini...agaknyalah? Contagion ialah filem tentang hukum karma alam semulajadi kepada manusia? Susunan penceritaannya bergerak ke depan secara mudah linear dibuka di Day-2 wabak penyakit yang digela