Klasifikasinya 18PL. Itu sudah mencukupi bagi menghalalkan filem ini untuk ditonton? Bagi saya, elok diberikan label 'U' sahaja supaya remaja-remaja bawah umur 18 tahun boleh menontonnya dan belajar (baca: mengajar untuk tidak kurang ajar atau sebaliknya) sambil berhibur! Watak-wataknya memang menjijikkan tapi seronok untuk diperhatikan dari jauh di kedudukan sebagai seorang penonton wayang dalam panggung mahupun dari kacamata masyarakat yang dari golongan baik-baik. Kisahnya sudah tentu klise tetapi dimantapkan dengan penceritaan yang laju tanpa sebarang adegan yang meleret. Khalayak juga tidak perlu untuk memihak kepada mana-mana watak atau menyukai apa-apa babak yang dipaparkan. Penonton tidak kisah siapa yang akan dirogol, disuntik dadah, bermulut lancang, dibelasah sampai mati katak apatah lagi lumba-lumba haram yang bingit. Biarpun kepalsuan realisme dari cara dialog atau pakaian pelakon, juga tidak menjadi hal! Filem ini secara terang-terangan seolah berkata kepada saya