Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

Warkah Terakhir Rosli Dhoby ~ MARATHON @ Astro Citra

info: astro.com.my WAKTU SIARAN: episod: 1, 2, 3, 4 AHAD, 30 Ogos, 12pm episod: 5, 6, 7, 8 ISNIN, 31 Ogos, 12pm pengarah: wanhaslizawanzainuddin.blogspot.com facebook: kl motion picture ***** AJAMI HASHIM vs. BETO KUSYAIRY (sebagai Rosli Dhoby) AJAMI HASHIM vs. WAN HASLIZA (penulis skrip, pengarah, penerbit) kredit: kl motion picture (sila klik utk gambar di lokasi) kredit: syirfan.wordpress.com dokumentari: Suatu Ketika..Rosli Dhoby: Pembunuh atau Pejuang

Sell Out! ~ paradoks terlampau?

www.amokfilms.com senarai pawagam Inilah sebuah filem Malaysia yang setakat ini saya tonton dan gagal untuk diteka ke mana hala-tuju penceritaannya? Maksud saya, ia disangkakan klise tetapi berjaya menyangkal telahan bahawa ia mungkin sebuah lagi filem amatur yang murah? Hei! Ini barulah profesional dan menempelak habis-habisan 360 darjah makan keliling menjadi sindiran paling kejam kepada mana-mana pihak yang terpalit serta industri perfileman itu sendiri! Malahan ia terbabas jauh dari landasan normal sebuah filem yang kebanyakannya berlambak di pasaran tanahair. Pergi tonton filem ini di pawagam sekarang!

teater: rona patung kertas 2 mahsuri (kemaskini)

Character is the most interesting phenomenon anywhere. Every character represents a world of his own, and the more you know of this person, the more interested you become. ~ Lajos Egri (page 93 & 94) Setiap apa juga seni persembahan mesti ada cerita. Si pencerita itu sudah pasti ialah watak (atau watak-watak) yang perlu bercerita dalam ruangnya dengan cara yang setiap satunya khusus dimana ia wajib sampai kepada yang menonton, mendengar serta merasainya. Yang mempersembahkan adalah pemberi kepada khalayak yang mahu menerima. Saya adalah salah seorang penerima itu untuk 3 buah persembahan teater berjudul Rona, Patung Kertas 2 dan Teater Mahsuri. Berikut ialah pendapat-pendapat peribadi saya yang meminta kamu pula sebagai pembaca dan penerima serta mungkin sudi berkongsi respons. Ketiga-tiga persembahan teater mempunyai saiz kekuatan dan kelemahan masing-masing. Teater Mahsuri beraksi di ruang pentas paling canggih berteknologi tinggi yang mampu merealisasikan setiap babak yang mega