www.departures-themovie.com info filem: imdb sinopsis: wikipedia waktu tayangan: cinema.com.my 1. Filem ini memang selayaknya menang Best Foreign Language Film @ Oscar 2009! 2. Ia adalah persoalan samada watak Daigo Kobayashi mampu menerima apa yang seadanya setelah kepakaran (bakat) yang dia pelajari selama ini tidak boleh digunakan lagi untuk meneruskan survival hidup (materialistik). Lalu dia mengadaptasikan sebaiknya kepakaran dahulu (fast learner) dalam dunia yang baru (fish out water) untuk menjadi seorang pakar dalam bidang (pengurusan mayat) yang di luar jangkaannya sendiri bahawa dia mampu melakukannya dengan cemerlang. 3. Filem Okuribito juga adalah pasal memahami makna sebenar perkara yang sangat Daigo benci dan menghantui pernah berlaku suatu masa dahulu, rupa-rupanya adalah perkara yang paling terbaik pernah dia rasai (imbasan wajah bapa Daigo akhirnya benar-benar 'jelas' rupanya semasa babak pertukaran 'batu'). 4. Kata kunci filem ini ialah kemaafan. 5. S