Salaam.. KL Gangster jujur dengan tajuknya. Walaupun tidak sekejam dan seganas filem-filem mafia Hollywood atau kongsi gelap Hong Kong, tetapi ia bercerita tentang dunia gelap kelompok sosial berbahaya sebegitu. Ia sememangnya wujud di mana-mana jua tanpa perlu dipedulikan sangat selagi saya tidak mendekati atau buat pasal dengan mereka. Itulah kisahnya filem ini. Garapan penceritaannya diberikan sedikit kemanusiaan dan rasa kekeluargaan yang diselang-seli dengan aksi pergaduhan demi pergaduhan. Kemanusiaannya ialah dari pelbagai perwatakan dalam hirarki gangsterisme manakala kekeluargaan yakni konflik masing-masing dalaman keluarga Malek dan keluarga Shark. Filem ini tidak monotoni untuk mentafsirkan perwatakan penjahat kerana setiap watak ada lebih-kurangnya perangai masing-masing yang berdiri sendiri. Ada penjahat yang saya benci dan ada penjahat yang saya suka serta ada penjahat yang saya ketawa bersamanya. Mereka ialah sekumpulan anti-hero yang berkonflik sesama sendiri kerana per