Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

REAL STEEL (2011) ~ heroisme seorang abah?

http://www.steelgetsreal.com/ Salaam..Saya memasuki pawagam untuk menonton filem ini dengan spekulasi "ahhh! filem Transformers versi bajet kecil ajerlah ni!" Maklumlah, trailer dan posternya jelas menjual populariti pasaran filem-filem fiksyen sains robotic yang beraksi dalam dunia manusia. Seingat saya hanya filem A.I. (2001) yang betul-betul saya sukai dari berbagai filem robotic yang lain. Enthiran (2010) filem lakonan Rajinikanth juga saya ingati kerana comical dan cita-cita tinggi sinema Tamil. Namun setelah keluar dari panggung, saya terus men-tweet "REAL STEEL best gilerest! ★★★★" Dalam ertikata lain, kualiti hiburannya setimpal dengan penceritaan serta jalan cerita yang bagus. Ia menggabungkan genre fiksyen sains, sukan dan drama kekeluargaan yang bukanlah kali pertama filem sebegini dibikin di Hollywood, cuma kali ini resepinya berjaya dicampur-gaulkan menjadi hidangan sinema yang lazat! Fikirkan filem Rocky (1976) + Transformers (2007) + Finding Nemo (

Rebiu ku DREAM HOUSE (2011) @ Carta Blockbuster KRUTV @ tontonMY

EPISODE 14: DREAM HOUSE dgn host Chomell Fana EPISODE 13: FRIGHT NIGHT dgn host Cristina Stockstill Salaam..27 Sept 2011 ia kali pertama saya dijemput untuk mengulas filem dalam program Carta Blockbuster, KRU TV di tontonMY bersama host-nya Cristina Stockstill yg comel! terima kasih kepada Astra Imelda penerbit program itu yg comel jugak muahhh! program tu sangat best coz ia mengupas dunia perfileman tempatan & carta blockbuster 1-10 sepanjang minggu di Malaysia..cara suntingannya pun ok! namun begitu, dek kerana program itu khas untuk tayangan di portal tontonMY maka saya tak boleh nak upload ke youtube hahaha!..so kalau nak tengok ulasan itu sila ikut arahan ni: klik tontonMY >> daftar sebagai pengguna portal itu >> klik Channels (kiri skrin) >> klik ikon KRU TV (scroll bawah skrin) >> tadaaa!!!! klik Carta Blockbuster ep.13 atau ep.14