Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

OMBAK RINDU (2011) ~ mengasyikkan!

Salaam.. Sebuah penceritaan filem yang bagus bagi saya ialah apabila ia mampu menjemput saya ke dalam dunia ceritanya, lalu berjaya menahan saya untuk tinggal sebentar di situ bagi mengenali setiap watak fantasi serta merasai emosi di setiap sudut terang dan gelap kehidupan fiksyennya, kemudian saya keluar meninggalkannya dengan kepuasan..dan Ombak Rindu telah memberikan saya semuanya itu. Permulaan filem ini bertanya soalan paling asas iaitu sesebuah kebahagiaan sepasang kekasih bermula dari nafsu atau cinta? Ia tentang bermulanya sesebuah perhubungan Adam-Hawa dan mampukah tapak strata paling terkebawah sesebuah masyarakat kebendaan iaitu kemiskinan keluarga bapa saudaranya Pak Taha (Kamarool Yusof) yang menyara Izzah (Maya Karin) untuk menghidupkan kehidupannya di masa akan datang? Ia kenyataan awal yang sangat ketara bahawa ini ialah cerita dari sebuah novel (karya Fauziah Ashari) yang dipersilakan dengan paparan luas kekampungan nelayan yang kononnya cantik di mata pelancong

MISTERI JALAN LAMA (2011) ~ misteri sangat?

*sinopsis: sinemamalaysia Salaam.. Sebuah filem dengan tajuknya 'misteri' awal-awal lagi sudah mengalu-alukan penonton bahawa ia ada sesuatu yang ganjil dan bukan cerita biasa-biasa kehidupan seharian kita. Itu perjanjian dari tajuk dan posternya. Maka 'janji' itu yang aku tuntut untuk ditunaikan oleh filem ini apabila menontonnya. Filem ini terbahagi kepada 2 alam, 2 beradik, 2 puak dan 2 konflik perebutan yang sama iaitu 'kuasa'. Di alam manusia, Indra (Hans Isaac) dan Ilya (Que Haidar) berebutkan kuasa (perhatian) dari bapa mereka Iskandar (Ahmad Tamimi). Di alam magikal pula, puak Nian dan puak Ghaul berebutkan kuasa (pemerintahan). Ya! Filem ini ada unsur-unsur politik kekeluargaan dan masyarakat. Siapa yang akan menang? Naratif filem ini sebegitulah, bahagian awalnya di alam nyata kita dan bahagian keduanya di alam tak nyata (ghaib) diaorang. Bahagian pertama memang klise dan dekat dengan kisah-kisah pancaroba kehidupan keluarga korporat orang kaya-kaya. B