Belenggu @ Barbarian Invasion (2022) : kisah hidup yang meniru fiksyen yang menekap kehidupan yang berasal dari dunia rekaan?
Sinopsis : baca di dahuangpictures Filem ini tak berapa laku di pasaran tempatan kerana mungkin ia seolah tiada tarikan komersial sedap untuk dikunyah oleh penonton yang laparkan nilai hiburan lazat yang mampu dihidangkan di antara lambakan masakan filem tempatan dan antarabangsa ke penghujung tahun 2022, walaupun dari trailernya sudah mencuba sedaya-upaya dipromosikan dari gambaran sebuah filem aksi penculikan anak! Itu realitinya. Jadi, adakah kegagalan jualan tiket itu sebagai petanda ceritanya juga tak best? Belenggu ialah sebuah filem di dalam filem di sebalik tabir sesebuah pembikinan filem seperti Layar Lara (1997), Dollah Superstar (2014), Terbaik Dari Langit (2014) dan Bikin Filem (2020). Separuh penceritaan awal memaparkan 'pra-produksi' iaitu persediaan susah-senang seorang pelakon utama; Lee Yoon Moon (Tan Chui Mui) dan seorang pengarah filem veteran; Roger Woo ( Pete Teo ) serta individu terdekat mereka. Manakala separuh lagi penceritaannya memaparkan pros