Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2008

Wawancara Eksklusif: Penulis Skrip Filem APA KATA HATI?

utk pelanggan astro! klik sini: ASTRO-KIRANA Wawancara Eksklusif dengan Meor Shariman Meor Shafie - penulis skrip filem Apa Kata Hati? melalui e-mail ini telah dijalankan pada Isnin, 19 Mei 2008 oleh Ajami Hashim . Semua soalan dan jawapan wawancara berikut boleh diterbitkan di mana-mana media sebagai perkongsian informasi dengan menyatakan sumbernya dari blog ini http://ajamihashim.blogspot.com/ 1. Ceritakan kronologi proses penulisan skrip AKH? - pemilihan tajuk, genre, premise Genre ialah romantic comedy . Dan paling utama, ia mengikut acuan romantic comedy buatan Hollywood. Tajuk awalnya ialah BISIK, tapi Tayangan Unggul Sdn Bhd berpendapat, BISIK tidak sesuai sebagai judul sebuah romantic comedy. Berkenaan premise pula, ia memang telah diilhamkan untuk berkisar di Kuala Lumpur dan mengadunkan elemen-elemen urban dan desa untuk tatapan penonton di bandar dan luar bandar. Tajuk APA KATA HATI?, tercipta semasa saya, Saw Teong Hin dan Gayatri Su-Lin Pillai, makan malam di sebuah res

CONGKAK ~ naratif merayau-rayau!

ref: sinemamalaysia Salaam & hi.. Sesebuah filem seram dibikin utk 'menakutkan' penonton sbg hiburan tetapi seandainya ia berjaya 'meng-terkejutkan' dgn muzik latar bang! bang! bang!.. maka penonton mungkin ketawa kecil atau akan mencarut dlm panggung! Itu baru pasal bunyi-bunyian, belum lagi sekiranya ada special-effect mcm Power Rangers!.. mungkin penonton yg ketawa sikit2 akan jadi terbahak-bahak! Oh! Saya lupa, selalunya saya akan mengulas filem dari sudut naratif shj bukan pasal runut atau sfx.. ops! Congkak bercita-cita besar!.. sgt besar sehingga terabaikan perihal paling sebesar alam iaitu utk 'bercerita'.. betul! Congkak ada naratif asas tapi ia merayau-rayau!.. mcm org main cuit & lari.. cuit & lari.. cuit & lariikkk!!!.. bukaan filem ini mcm dah ok ok dgn flash-backstory psl sejarah sambil lewa tentang permainan congkak TAPI lepas itu?.. naratifnya mula main2 seolah rentetan kisah getah elastik yg di-stretch-kan selama lebih 50 minit m

LOVE ~ adaptasi yang longgar

*terbitan pertama: 29/4/08 Salaam.. Tidak boleh tidak, saya & penonton filem di Malaysia akan membandingkan filem LOVE (2008) ini dgn asal-usulnya iaitu filem CINTA (2006) dahulu yg sememangnya saya kagumi! Sila klik ulasan2 saya berikut: CINTA pt.1 CINTA pt.2 CINTA pt.3 Saya tidak tahu & tidak paham kenapa karya sebagus CINTA itu diadaptasikan semula kpd sebuah lagi filem yg hanya berbeza sedikit bahasa pertuturannya iaitu Bahasa Indonesia dimana tidak jauh bezanya dgn Bahasa Malaysia. Lainlah seandainya ia diadaptasikan ke dlm filem berbahasa Perancis atau Jepun serta diarahkan oleh pengarah yg lain misalnya, pasti ada sedikit kebedaan yg unik spt adaptasi filem Infernal Affairs kpd The Departed . Tambahan pula karya LOVE ditangani oleh pengarah yg sama filem CINTA iaitu Kabir Bhatia cuma skripnya shj diolah, dicantas & ditokok-tambah semula oleh Titien Wattimena. Betul, lokasinya berbeza & plot asasnya juga ada yg dibuang & diubahsuai. Tetapi adakah naratifnya