Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

WALL STREET: MONEY NEVER SLEEPS (2010) ~ bagai jarum halus kelindan sutera?

pengarah: Oliver Stone penulis skrip: Allan Loeb & Stephen Schiff genre: drama thriller http://www.wallstreetmoneyneversleeps.com/ Tidak dapat dinafikan bahawa tarikan paling utama untuk menonton filem sekuel kepada Wall Street (1987) ini ialah satu-satunya kerana watak Gordon Gekko lakonan berkarisma mantap oleh Michael Douglas. Rencah-ratus ceritanya kali ini semakin menarik bukan sekadar tentang ketamakan mengaut keuntungan wang-ringgit melalui pasaran saham, malahan ia digelumangi dendam kesumat lampau dan terkini berkaitan sesama watak-wataknya. 2002, babak pembukaan filem ini di hari pembebasan penjenayah kolar putih, Gordon Gekko dari penjara sudah memberikan sedikit gambaran bahawa susuk tua ini bukan sebarangan orang. Tiada sesiapa pun yang menunggunya di luar pintu pagar penjara seolah-olah dia orang buangan yang tiada keluarga atau kawan. Momen itulah yang membuakkan lagi dendam Gordon Gekko kepada seseorang atau beberapa orang? *untuk sinopsis penuh baca kat wikipedia

THE AMERICAN (2010) ~ momen sunyi yang mendebarkan!

pengarah: Anton Corbijn penulis skrip: Rowan Joffe cerita asal: novel A Very Private Gentleman oleh Martin Booth genre: crime, drama, thriller http://focusfeatures.com/film/the_american/ Filem ini seakan api dalam sekam yang perlahan-lahan membakar perasaan dari dalaman. Sebahagian besar latarnya sangat cantik tetapi kasar di perkampungan klasik pergunungan Castel del Monte, Abruzzo, Itali. Maka sudah tentulah perjalanan ceritanya juga begitu terasa ke-Eropah-an di tangan pengarah Anton Corbijn. Filem ini terasa seperti perlahan, kurang dialog dan begitu kerap memaparkan momen-momen yang sunyi tetapi penuh makna serta begitu mendebarkan. *BACA ULASAN SETERUSNYA DI LAMAN SESAWANG >> TUPAI.COM.MY atau CINEMA.COM.MY

DEVIL (2010) ~ siapakah yang syaitan?

pengarah: John Erick Dowdle cerita asal: M. Night Shyamalan penulis skrip: Brian Nelson genre: supernatural mystery thriller http://thenightchronicles.com/devil/ Salah seorang dari 5 penumpang di dalam lif ialah syaitan. Seorang demi seorang akan dibunuh kerana dosa masing-masing. Sementara 3 orang lagi menyaksikannya di monitor tv bilik kawalan bangunan. Persoalannya siapakah yang syaitan dan siapa pula yang akan mati seterusnya? Filem ini menggunakan struktur naratif ala penceritaan whodunit dan urband legend yang mengambil latar lagenda/mitos The Devil's Meeting . Semua suspek terperangkap dalam lokasi yang sama dimana Detective Bowden (Chris Messina) dan juga penonton cuba meneka siapakah pembunuh yang juga syaitan bertopengkan manusia? Limitasi lokasi yang sangat terhad di dalam lif sahaja untuk sebahagian besar filem ini mengingatkan saya kepada filem 12 Angry Men (1997) atau Phone Booth (2003). Pembikinan filem sebegini kelihatan mudah dan jimat kerana menggunakan set yang

Piranha (2010) ~ haiwan maging yang ganas!

NOTA: mungkin ada spoiler! pengarah: Alexandre Aja penulis skrip: Pete Goldfinger, Josh Stolberg, Alexandre Aja, Grégory Levasseur genre: comedy horror thriller http://piranha-3d.com/ Plot asas filem ini mudah dan ringkas sahaja iaitu seperti semua orang sudah tahu bahawa ikan Piranha adalah sejenis haiwan karnivora atau maging (makan daging). Jadi jangkaan awal penonton yang sanggup menonton filem ini ialah bagaimana agaknya cara dan rupanya ikan Piranha menyerang lalu memakan daging manusia eh? hahaha.. Di babak pembukaan filem ini secara satira telah memperkenalkan mangsa pertamanya ialah pakcik tua Matthew Boyd (cameo Richard Dreyfuss) yang sudah tentu mengingatkan kepada watak Matt Hooper dari filem Jaws (1975) sebagai tribute . Filem ini juga menggunakan acuan yang hampir sama dari filem Jaws cuma dikreatifkan. Kali ini watak utama ketua polis digantikan jantina kepada wanita iaitu Sheriff Julie Forester (Elisabeth Shue) dan laut ditukar kepada tasik. Ia mengulang struktur fil

Repo Men (2010) ~ ngeri dan geli?

pengarah: Miguel Sapochnik penulis skrip: Eric Garcia & Garrett Lerner cerita asal: novel Repossession Mambo oleh Eric Garcia genre: science fiction action thriller http://www.repomenarecoming.com/ Ia mengerikan dan menggelikan kerana melibatkan babak-babak pembedahan (pembelahan) tubuh manusia secara visual berdarah-darah! Filem yang menggunakan sepenuhnya perkembangan perwatakan Remy (Jude Law) daripada seorang yang melakukan kejahatan (kerja) yang sah bertukar/berkembang kepada sebagai seorang mangsa terhadap kejahatan itu sendiri. Boleh dianggap sebagai perwatakan antihero kerana wataknya diterbalikkan dari jahat ke baik kerana desakan peribadi iaitu pada plot point atau inciting incident yang berlaku (dilakukan) kepadanya iaitu 'kemalangan' menyebabkan dia sendiri memiliki organ pinjaman yang akan ditebus kembali oleh rakan sekerjanya sendiri atau repo-men dari The Union. Filem ini bermain dengan persoalan what if kita bertukar tempat dari pemangsa kepada mangsa? Ia