AWAS! ULASAN INI ADA SPOILER! Sinopsis dan Filem: baca dan tonton di Netflix Ceroboh mempunyai ‘nafsu’ yang besar kerana genre asasnya fiksyen sains dan latar dunianya pra-kiamat. Ia seumpama penerbitan B-movie berbajet kecil di tahun 80-90an yang akan terus dijual atau untuk disewa dalam bentuk VHS. Penerbitan filem sebegini akan kelihatan dan kedengaran gah dari poster dan trailer, tapi sangat cermat serta berjimat semasa pembikinannya kerana penerbit akan melaburkan duit yang terhad untuk dibelanjakan sepenuhnya berdasarkan kemampuan pihak produksi dan akan memerah sebaik mungkin bakat para pelakon untuk menyampaikan pengkisahannya. Ceroboh membuktikan bahawa kos kecil pembikinan akan mencorakkan hasil filemnya seperti ‘mengukur baju di badan sendiri’ untuk dipercayai ‘believable’ sudah cukup memuaskan. Dasar penceritaan Ceroboh bergantung sehabis baik secara character-driven iaitu ia bercerita kepada penonton melalui babak-babak seumpama persembahan teater atau drama radio dimana s