SRI MERSING @ IB ~ berjaya mengangkat rasa filem purbawara yang klasik dalam sebuah persembahan pentas yang moden :) via twitter.com/ajami_hashim Salaam.. Adaptasi sebuah karya dari filem ke pentas rasanya agak berisiko tinggi untuk menjadi sebuah persembahan yang menghiburkan kerana khalayak sudah tahu jalan ceritanya lantas pasti membandingkan mana yang lebih baik atau sebaliknya? Medium filem punyai kelebihan dari segi lakonan para pelakon yang dirakam dalam durasi masa berhari-hari tanpa mengikut sekuen sebenar jalan cerita..action dan cut! Tambahan juga filem mampu menggunakan sebuah kampung sebagai lokasi dan set. Audio dan visual pula disunting dengan kemas untuk susunan naratif yang betul. Maka bagaimanakah teater Sri Mersing ini hendak bercerita semula dengan hanya sebuah pementasan non-linear storytelling yang berpusing-pusing? Inilah yang saya hendak ulaskan sedikit mana yang mampu di sini selepas menontonya malam tadi, 15 Mac 2010, 8.30 malam di Istana Budaya. Pertama se