Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

Ponti Anak Remaja - 10 bintang Ajami Hashim

1. Dialog watak Farid "Tom Dick is Harry" ..hahaha! 2. Teknik CGI begitu teliti dan hebat sampaikan biasan cahaya lampu yang dibawa oleh Atuk (muda) dalam hutan pada babak pembukaan juga di-CGI-kan! 3. Cameo penulis skrip Nizam Zakaria sebagai Dr. Fadzli begitu mengesankan katanyaaa! walaupunnn!.. 4. Dialog berjiwa remaja urban begitu santai digunakan, misalnya "Loser, Double-Loser, Moron!" 5. Berjaya memancing untuk dijadikan siri tv kerana banyak lubang plot yang dibiarkan tergantung, misalnya Ponti belum ditemukan dengan adik-beradiknya yang lain iaitu ibu/bapa kepada Farid dan sikembar Murni-Mubin. 6. Seandainya dijadikan siri tv, PAR boleh menjadi hip+hits seperti siri tv Kami yang juga akan mempopularkan indie band atau artis baru melalui lagu latar yang catchy. 7. Para pelakon muda yang begitu natural, misalnya saya sangat suka dengan watak Sofea (Farah Alya) yang sundal serta berjerawat! juga watak Mubin (Hairul Azreen) yang selalu bersinglet untuk menarik

The Reader ~ 10 poin Ajami Hashim

1. Jangan harap kamu akan dapat tonton adegan-adegan ranjang dalam filem ini di pawagam tempatan!.. ops! 2. Percintaan yang sangat shocking, taboo dan tragis! Ia terbalik kepada lumrah lelaki tua yang gatal bercinta dengan gadis bawah umur. 3. Non-linear storytelling yang menjadikan babak penamat filem ini sebagai titik mula sebenar kepada semua flashback di tengah-tengah naratif filem. 4. Adakah kamu sanggup rasai perihal yang terbaik (terpaling lazat) dalam sepanjang hidup kamu yang sudah terlewat zamannya walaupun ia adalah sesuatu yang paling jahat dan terpaksa dirahsiakan untuk seumur hidup? 5. Kate Winslet memang LAYAK memenangi Lakonan Terbaik Wanita untuk tahun 2008. 6. Majoriti khalayak penonton yang agaknya menyukai filem ini ialah golongan andartu dan gay, sementara penonton yang mungkin jelik ialah lelaki-lelaki duda atau bujang terlajak! hahaha!.. 7. Minat membaca buku-buku sastera Inggeris boleh dicetuskan dari keghairahan seksual yang pelik dan tanpa disangka? 8. Ia adal