Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

ISTANBUL AKU DATANG (2012) ~ kajian skrip oleh Ajami Hashim lalala..

AMARAN KERAS SEKERAS-KERASNYA! Ulasan ini ada spoiler! ingat tu baik-baik! Pertama sekali, tahniah kepada Rafidah Abdullah penulis skrip/lakonlayar filem ini. Saya akui, sebenarnya tak berapa sesuai untuk mengulas sesebuah filem dari sudut penulisan skrip/lakonlayar kerana saya tak membaca karya asal tulisan penulisnya. Mungkin apa yang ditulis dalam skrip, tak semua difilemkan kerana hak kreativiti pengarah atau berbagai kekangan produksi di lokasi. Kecuali pengarah ialah penulis skrip juga. Tapi! hey!..ulasan ini konon-kononnya saya berada di tempat Rafidah! hiks! Buku rujukan yang saya gunakan ialah buku Save The Cat! oleh mendiang Blake Snyder iaitu ‘THE BLAKE SNYDER BEAT SHEET’ (habislah kau fadz! ulasan aku ni sebuah ‘kajian’ yer! LOL)   THE BLAKE SNYDER BEAT SHEET GENRE: Buddy Love – genre ini merangkumi semua filem melibatkan ‘pasangan yang janggal’ seperti Beverly Hills Cop, Dumb & Dumber, Rain Man, dan semua genre kisah komedi-romantik cinta yan

TEATER: RATNA KADHAL (2012) ~ kecil tetapi hebat!

"KALAU TAHU ERTINYA RINDU, JANGAN LUPA ERTINYA SEKSA"   FACEBOOK: RATNA KADHAL FACEBOOK: REVOLUTION STAGE TWITTER: REVOLUTION STAGE RATNA KHADAL ialah sebuah karya/arahan oleh Khairunazwan Rodzy yang dipersembahkan dalam  dwi-bahasa Melayu dan Tamil. Sekali dengar, mungkin teater ini mengingatkan saya kepada filem ESTET (2010) karya/arahan Mamat Khalid. Asas/latar naratifnya mengenai percintaan/konflik sepasang kekasih yang terpisah/terhalang di antara 2 bangsa dan 2 agama mungkin kedengaran klise. Namun begitu, Ratna Kadhal berjaya mempersembahkan dari sudut pandang kisah seumpamanya, tanpa menyentuh sensitiviti 'perbezaan' di antara hero-heroinnya. Struktur penceritaan Ratna Kadhal dibingkaikan melalui penceritaan semula oleh watak Krisnan lakonan Aloy Paradoks (lakonan terbaik beliau setakat ini dalam teater yang pernah saya tonton) kepada watak Ustazah Nurkamisah lakonan Fazleena Hishamuddin. Melalui watak Ratna lakonan Dynna Zainal, k

YANG BOLEH DAN TAK BOLEH?

YANG BOLEH DAN TAK BOLEH? Oleh: AJAMI HASHIM Pernyataan berikut ialah dari bahagian Pengenalan yang saya cerap dari GARIS PANDUAN PENAPISAN FILEM MALAYSIA, Lembaga Penapisan Filem (LPF). RUJUKAN: http://www.rtm.gov.my/rtmv2/index.php?option=com_content&view=article&id=114&Itemid=217&lang=bm “Garis Panduan ini memberi fokus kepada empat aspek penting yang harus diteliti dan diambil kira di dalam pembikinan filem iaitu, ideologi dan politik, keagamaan, sosiobudaya dan ketertiban dan ketatasusilaan. Aspek-aspek ini perlu diberi perhatian serius dan tidak dieksploitasi untuk agenda sempit dan tersendiri yang akan membawa akibat yang tidak diingini kepada masyarakat dan negara.” Saya tidak akan menyorot polemik di kalangan penggiat perfileman dan masyarakat mengenai bagaimana dan apa yang bakal terjadi apabila penapisan filem dimandirikan di antara pembikin dan LPF suatu hari nanti. Saya hanya cuba membaca dan memahami apakah isi kandung tersebut s