Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

BUNOHAN (2012) ~ Semua Pulang Untuk Mati?

RT @sultanmuzaffar: #TwtUpBunohan & Dialog with #Bunohan director, Dain Said, 15 March, 7.40pm, GSC MidValley. Anyone interested? Salaam.. Bunohan ialah sebuah filem yang bila ditonton berkali-kali lantas berulang-kali juga ia memberikan perspektif yang berbeza. Ia muat apa sahaja campuran acuan genre; thriller politik drama melodrama sukan fantasi misteri sejarah aksi mahupun cinta? Namun begitu dapat sikit atau banyak isinya, tengok sekali sahaja lepas itu mengatakannya "boring!" atau menjadi 'gila' kerana menontonnya berkali-kali, ia tidak menjadi sesuatu yang pelik. Malahan respons bercampur-aduk sebegitu sudah saya jangkakan kerana karya Bunohan ini bukannya main-main oleh Dain Said. Bunohan menyelitkan suntingan intercut visual-visual yang mengejutkan untuk penontonan sulung mentah sekali lalu. Sudah tentu khalayak akan terperanjat dan merasa janggal dengan beberapa babak seperti itu sesekali seakan mengganggu perjalanan cerita realisme kisah konf

AJAMI HASHIM & DAIN SAID (OGOS/SEPT 2011) @ YOUTUBE

PART 1 PART 2 PART 3 PART 4 PART 5 (FINAL)