Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Siritv NUR oleh Shahrulezad (2018)

Salam & Hi.. Pada pendapat saya, salah satu ciri siritv berantaian yang bagus bergantung kepada jalur cerita yang diceritakan dengan baik dimana penonton melalui proses penontonan untuk mengenali, memahami, mendalami seterusnya setia untuk mengikuti perjalanan penceritaannya dari episod 1 sehingga episod terakhir. Setiap episod mesti mengandungi beberapa plot yang disulam berganti-ganti melalui dialog dan/atau monolog oleh para pelakon, paparan visual kini dan imbas kembali, serta adunan muzik latar yang kena melalui suntingan akhir yang pakar. Untuk mengikat khalayak, sebelum setiap rehat iklan dan sebelum kredit akhir mesti digantung dengan babak yang mampu mengembalikan kehendak sambungan penontonan, selepas iklan atau episod seterusnya keesokan hari. Secara peribadi, saya merasakan bahawa siritv NUR diantara karya Shahrulezad, bersama tulisan skrip oleh Ibnu Rijal yang bagus kerana berjaya membikin seperti apa keperluan ciri siritv tersebut. Kualiti persembahan lakona