Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

TERIMA KASIH CINTA (2011) ~ teater muzikal atau konsert muzikal?

Salaam.. Teater muzikal Terima Kasih Cinta (2011) ialah adaptasi dari filem Cinta (2006). Naratif asasnya serupa iaitu 5 segmen kisah tentang konflik dan resolusi persoalan 'cinta' yang berkaitan di antara satu sama lain. Bila saya katakan ia adalah 'adaptasi' sudah tentu perbandingan dan persaingan di antara kedua-dua format persembahan mungkin ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Secara peribadi, saya hendakkan kedua-duanya berdikari sendiri sebagai sebuah penceritaan yang boleh ditonton dan difahami oleh khalayak walaupun tidak menonton salah satu daripadanya. Ya! Ia adalah cerita yang sama dengan struktur 'parallel storylines' dan 'ensemble cast'. Kelebihan filemnya dahulu ialah kronologi penceritaan yang dicantikkan dengan sinematografi dan suntingan yang sangat kemas untuk menjalinkan hubung-kait setiap plot cerita yang awalnya berpecah-pecah dimana akhirnya bercantum/bertembung/berpusat di babak hospital. Manakala teater muzikal ini pula

SINI ADA HANTU (2011) ~ hey! kau benar-benar percaya?

*ulasan ini ada spoiler! Salaam.. Filem ini mengangkat kisah hubungan 'hantu' dan 'manusia' dalam kronologi yang unik! Ia terpecah kepada 4 kisah dimana salah satunya menjadi bingkai untuk setiap 3 lagi kisah hantu yang lain. 1. Sini Ada Hantu (bingkai) Letakkan situasi 'road movie' yang kebiasaan tipikal sebuah filem seram iaitu Ah Meng (Alvin Wong) dan Bakri (Baki Zainal) yang memandu sebuah van menghantar sebuah keranda dari poin A ke poin B di waktu malam. Kedua-duanya menghabiskan perjalanan 'terpaksa' mereka atas tekanan keperluan wang gaji overtime. Dalam ertikata lain, mereka 'terperangkap' dalam perjalanan yang secara luarannya adalah menyeramkan kerana pakej penghantaran yang bukan seperti kebiasaan kerja harian mereka iaitu kali ini menghantar orang mati! Mereka bukan pekerja van mayat yang profesional. Tambahan pula kedua-duanya kemaruk untuk berkongsi kisah-kisah seram urban legend masing-masing. Gabungan perwatakan yang humor digara