Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

MUALLAF ~ lukisan Yasmin Ahmad yang terakhir

*juga ulasan di FACEBOOK saya Sejujurnya, setelah membaca ulasan filem Muallaf yang begitu mendalam oleh Amir Muhammad dalam bukunya Yasmin Ahmad's Films , saya rasa tidak perlulah lagi untuk mengulasnya dari pandangan peribadi saya sendiri pula? Namun setelah mengulang kembali penontonan video KAKMIN , saya terkesan dengan kata-kata arwah berikut: "Mungkin dalam saya buat cerita, kalau kita tiba dekat sungai tu, saya akan bagi awak tali, saya bagi awak kayu, awak kena buat jambatan sendiri, saya tak buatkan awak jambatan." Yasmin Ahmad (23.07.07) Pesanan itu seperti pegangan saya selama ini tentang pengulasan peribadi sesebuah filem itu bergantung kepada apa sahaja interpretasi yang dirasakan muat dengan acuan pemahaman saya. Samada betul tepat jitu atau tersasar tercampak sejauh manapun ulasan itu berbanding tujuan asal si pembikin (dan ulasan ini cuma di internet) siapakah peduli? Mari saya mulakan.. Filem ini sepatutnya sebelum Talentime. Mungkin ia sebuah karya pali

NATRAH ~ persembahan komersialisme bersadurkan nasionalisme?

NOTA: Teater NATRAH dilanjutkan sehingga 13 Dis 09! *Ulasan ini juga dibincangkan juga di FACEBOOK saya :-) Teknikal 1. Paparan kronologi kejadian (backstory) di pembukaan persembahan sangat banyak tetapi terlalu cepat fade-in/fade-out – samada ia perlu dibaca untuk memahami permulaan cerita atau sebenarnya sekadar syarat lalu menyuruh khalayak merujuk semula buku sejarah? 2. Blind-spot – Ruang pentas Istana Budaya sememangnya sudah bersaiz gah seumpama sebuah bingkai gambar yang boleh ditatap dari sudut manapun kedudukan khalayak yang bertingkat-tingkat. Maka apabila ada babak yang melimpah keluar dari bingkai iaitu para pelakon turun ke kawasan lantai khalayak, akan wujud blind-spot kepada sesetengah penonton bergantung kepada posisi duduk mereka. Teknik ‘breaking the 4th wall’ sebegini mungkin berkesan bagi persembahan dalam dewan yang rata seperti dewan sekolah. 3. Muzik latar rakaman dari cakera padat? 4. Paparan sarikata di kanan dan kiri pentas sangat membantu tetapi adakalanya

KARAOKE ~ ok or ko?

TONTON: 26 Nov - 2 Dis 2009 tanjungarupictures.com sultanmuzaffar.blogspot.com *artikel ini juga dibincangkan bersama dengan para penggiat seni di FACEBOOK Filem yang diwar-warkan menang itu dan ini di luar sana..tapi di sini? Sejujurnya filem sebegini bukan menagih khalayak yang mencari hiburan komersial. Tayangannya pun hanya terhad untuk seminggu di panggung yang terpilih dalam kapasiti yang kecil. Dalam ertikata lain, ia dibikin keterlaluan bersifat akademik filem yang sesuai sangat ditonton oleh pelajar perfileman untuk 'membaca' (atau meneka) makna setiap babaknya, tuturnya, aksinya, imejannya..bla bla bla. Secara peribadi, saya hanya melihat lapisan luarnya sahaja dan sesekali cuba mengupas subtexs-nya dengan memandai-mandai merekacipta tafsiran saya sendiri..hahaha! Lagipun sesebuah filem itu boleh sahaja dinilai dan diberikan erti apa juga (cuba tanya fadz tontonfilem..mesti dia akan dapat berbagai penerangan). Barangkali pada pendapat saya, filem ini hendak menyindi