Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN ~ cerita yang masih seronok?

Lagenda Budak Setan (facebook) Salaam.. Filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel yang sangat popular di tahun 80an. Jadi..adakah ceritanya masih seronok pada hari ini? Secara peribadi, saya katakan bahawa plot asasnya sangat klise dek kerana pengulangan plot konflik cinta bersegi-segi di antara Kasyah, Ayu dan Azmi (dan Katerina) sudah diulang berkali-kali di sepanjang lebih 20 tahun yang lalu sehingga kini samada di televisyen atau filem. Namun begitu, seandainya filem ini dibikin di tahun-tahun terdekat semasa penerbitan bukunya dahulu, ia pasti sangat-sangat 'akan' popular dan laku. Itulah perjudian nasib filem ini yang bakal ditayangkan mulai 3 Jun 2010 nanti samada pembaca tegarnya dahulu akan berduyun-duyun ke pawagam berserta penonton yang tidak pernah langsung membaca novelnya seperti saya? Tidak dinafikan bahawa sesebuah kisah cinta akan kekal evergreen sampai bila-bila pun kerana keperluan azali seksualiti adam-hawa itu adalah sama cuma acuan dan latar zaman kisahn

BELUKAR ~ 12 juta?

http://belukarthemovie.com/ Salaam.. Pembukaan filem ini mengingatkan saya seperti babak pembukaan filem M:i:III iaitu saat-saat genting dimana Nik (Bront) menembak Eva (Daphne) yakni babak di pertengahan filem ini untuk memancing penceritaan masuk ke babak permulaan sebenarnya semula secara non-linear. Khalayak sudah tahu bahawa Eva akan mati? Plot dramatik itulah yang ditanam dalam fikiran penonton di awal-awal cerita. Lantas twist demi twist pun bermula!..hahaha! Saya tidak mahu membebel mengenai jalan cerita asasnya kerana kamu boleh membaca sinopsis dari laman web Belukar atau pergilah menontonnya sendiri di pawagam SEKARANG! Itu pun kalau kamu mahukan sesuatu yang best dari sebuah filem buatan tempatan sepenuhnya. Saya suka! Sangat suka! Yang menariknya filem ini ialah penceritaanya yang bagus dari lakonlayar yang bagus dengan garapan produksi yang bagus serta lakonan para pelakon yang bagus-bagus! Pendek kata "Truly wow!" bak kata Nik dalam salah satu babak filem ini.