Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

PESONA…TER ARAHAN KHIR RAHMAN: TERBALIKNYA MALAYSIA! oleh Hassan Abd Muthalib

Yang sosial, yang moral, yang politikal. Itulah apa yang perlu dibawa oleh sesebuah filem yang baik. Seperti kata Pi kepada penulis yang mengunjunginya dalam filem Life of Pi arahan Ang Lee: “Ia seakan satu cerminan. Membuatkan kita melihat kepada diri kita sendiri.” Kata Andre Bazin, filasuf filem era 1950-an: “Skrin sinema itu seakan satu jendela, di mana kita mengintip kehidupan orang lain. Yang mencerminkan diri kita sendiri.” Samada kita ini golongan marhaen, kelas pertengahan, golongan ‘aristokrat’ atau pemimpin, kesemua watak, perwatakan dan kerenah dapat dilihat di layar di tangan karyawan filem yang bijaksana lagi jauhari.                 Tuhan sebenarnya sudah pun menetapkan senario sedemikian pada manusia dengan kata-kataNya di dalam al-Qur’an: “Aku menjadikan engkau serta perbuatan engkau.” Sri Rama tidak akan menjadi manusia yang jahat. Rawana tidak akan menjadi seorang yang baik. Siti Dewi tetap akan setia pada Sri Rama. Tuhan sudah pun meletakkan segala peratura

THE HOBBIT: AN UNEXPECTED JOURNEY (2012)

Di tahun 2001 dahulu, siri filem LOTR ialah pencetus kepada revolusi pembikinan filem fantasi epik yang memanipulasikan sebahagian besar paparan visual melalui teknik imej janaan komputer (CGI) untuk menghasilkan babak-babak yang gah! Di tahun 2012, penonton masakini yang sudah terdedah kepada banyak filem ber-CGI akan lebih peka membezakan babak manakah yang kelihatan palsu? *BACA ULASAN SETERUSNYA @ ROTIKAYA

WRECK-IT RALPH (2012) @ ROTIKAYA.COM

Secara peribadi, saya berpendapat bahawa filem ini seolah gabungan penceritaan ala filem Toy Story (1995), Tron (1982) dan The Matrix (1999). Watak Ralph digambarkan sebagai anti-hero yang bercita-cita menjadi hero tetapi seperti perumpamaan ‘bagai tikus membaiki labu’. Sesuai dengan fizikal dan sifat semulajadi Ralph sebagai ‘pemusnah’, setiap apa yang disentuh atau dilakukannya akan binasa atau mendapat musibah. Namun dia tak pernah putus asa dan cuba memperbaiki apa yang telah dijahanamkan di sepanjang pengembaraannya. *BACA ULASAN SETERUSNYA >> ROTIKAYA