Info filem: cinemamalaysia Salam. Nam Ron, nama pengarah filem Psiko Pencuri Hati. Ayam Fared, nama penulis skrip filem ini. Pergi google kedua-dua nama itu sekarang, sebelum terus membaca ulasan ini. Seperti seorang ahli silapmata, Nam Ron mempersembahkan permainanan 'deception' & 'perception' dengan bantuan pelakon-pelakon yang bagus. Sebagai penonton, anda perhatikan betul-betul 'di sebalik' setiap perlakuan watak-wataknya kerana ia akan membentuk finale yang meletup! Semuanya ada di hadapan mata anda, tetapi dalami setiap perincian lain iaitu 'apa' yang anda tidak nampak - dengar dan rasa. Misalnya dialog Wani "We are lawyers, we not a doctor. We can choose our side". Kaitan Sidi/Man/Khai/Wani ialah persoalan 'apa' yang datang dahulu? ayam atau telur? Semua perwatakan dalam filem ini saling berkait sebagai punca dan akibat. Siapa yang mendominasi siapa (mem-psiko siapa) boleh sahaja berpusing-pusing jika difikir