Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

2 ALAM (2010) ~ kisah kemaluan transeksual?

pengarah: Zarith Lokman & Hairie Othman penulis skrip: Imran Hj Ismail cerita asal: Rozmey & Imran Hj Ismail genre: drama Strukturnya non-linear. 2 cerita yang berselang-seli bercantum di hujungnya mengenai hidup dan mati Adam @ Amy, seorang lelaki yang melakukan pembedahan jantina menjadi seorang 'wanita'. Ia benar-benar menghukum secara prejudis keterlaluan kepada perwatakan utamanya melalui kacamata luaran tanpa memberikan apa-apa ruang kenapa ia dilakukan? Dalam waktu yang sama filem ini cuba bersyarah (atau membebel) seolah-olah ia suatu perihal yang sangat penting untuk diceritakan. Mungkin lebih ke depan dari isu bunuh, buang bayi, dadah, rasuah dan jenayah lain yang lebih berat? Ia seumpama tahi yang lebih penting dari jambannya? Maka kita semua mesti melihat dan mengkaji dengan teliti warna, bentuk, bau, rupa, keras atau cirit dari hasil pembuangan air besar di takungan najis? Filem ini ialah kecelaruan tujuan kenapa cerita ini begitu perlu dan penting dicerita

MAGIKA (2010) ~ pujian secara tebuk-tebuk?

pengarah & penulis skrip: Edry Abdul Halim genre: drama fantasi muzikal http://www.krustudios.com/magika Magika memberikan keperluan wajib elemen penceritaan yang paling konservatif iaitu muzikal di atas tapak teknologi terkini yakni kecanggihan CGI. Siapa hendak menafikan bahawa kewajipan babak bergurindam dalam pembikinan awal filem-filem Melayu dahulu yang menekap sepenuhnya identiti filem Tamil? Filem ini seolah menyatakan "nah!" kami persembahkan pementasan besar-besaran warna-warni terlebih-lebih kemustahilan dunia fantasi ke layar perak, tetapi isinya adalah adaptasi dongeng klasik Melayu yang telah di-remix! Walaupun tak sehebat dunia filem epik atau science fiction dari Hollywood tetapi pembikin filem berbajet kecil di Malaysia juga mampu sekurang-kurangnya membikin sesuatu yang merealisasikan dunia khayalan. Adakah kita patut merasa bangga? Sudah tentu! Itu dari sudut idea asas rangka-bina pembikinan what if yang sejujurnya saya salut. Bagaimana pula

CHARLIE ST. CLOUD (2010) ~ garis halus di antara ajaib dan gila?

pengarah: Burr Steers penulis skrip: Craig Pearce cerita asal: novel The Death and Life of Charlie St. Cloud oleh Ben Sherwood genre: drama fantasi supernatural http://www.charliestcloud.com/ Filem ini mengadun kisah romantis dan kekeluargaan. Pahit dan manis. Ia mengundang rasa kasihan dan bertanya erti peluang ke-2 samada hendak digunakan untuk bergerak ke masa hadapan atau masih terperangkap dengan kenangan silam? Semuanya kerana kehilangan seseorang kesayangan yang tidak mampu dikembalikan dalam bentuk yang asal. Plot asasnya sangat mudah. Charlie St. Cloud (Zac Efron) tidak dapat menerima kenyataan bahawa adiknya Sam St. Cloud (Charlie Tahan) sudah mati kerana kemalangan jalanraya melibatkan mereka. Lantas setiap hari dia berhalusinasi (atau mungkin benar) untuk bermain baseball dan bersembang dengan roh Sam di belukar yang dijanjikan semasa hayat adiknya. Rutin itu adalah kewajiban setiap kali selepas tembakan meriam menandakan waktu senja sudah tiba. Ritual itu sahaja yang men