FACEBOOK 'FENOMENA SENI RTM' Tajuk: FILEM KITA PRIMITIF Tarikh: Sabtu, 27 Feb 2010, 2.00 ptg (live) Saluran: RTM1, Pengacara: Rosyam Nor Para Panel: Edry Abd Halim, Prof. Madya A.Razak Mohaideen, dan Md. Jamil Hashim (Ajami Hashim) Salaam.. Ruang dan peluang saya ke rancangan Fenomena Seni TV1 dengan tajuk Filem Kita Primitif? pada hari Sabtu, 27 Februari 2010, jam 2 petang yang lalu ialah titik-tolak besar untuk saya ‘bersuara’ kepada lebih ramai khalayak dari pendapat peribadi selain laman blog ini. Sebenarnya bukan mudah untuk ‘bertikam-lidah’ secara langsung dengan panel-panel lain yang terbukti berpengalaman dalam bidang masing-masing iaitu Prof. Madya A. Razak Mohaideen, Edry Abdul Halim dan pengacaranya Rosyam Nor. Di belakang tabir, sebelum ke set sudah dimulakan ‘perbincangan kecil’ hala-tuju topik itu sebelum ‘on-air’ di antara kami. Namun begitu, semasa siaran langsung apa sahaja boleh terpacul dan tersasul malahan terbabas dari topik asalnya? Bagaimanapun, secara pe