Saya tidak hairan! Sesebuah filem kadangkala boleh meninggalkan bekas yang macam-macam kepada penonton. Ada yang suka. Ada yang menyampah. Ada yang faham. Ada yang keliru. Ada yang buat-buat faham tapi masih keliru.. dan mungkin berbagai respon lagi selepas menontonnya. Tapi TIDAK semua filem mampu untuk bercerita kepada khalayak dan meninggalkan kesemua reaksi itu sekaligus! Maksud saya, ada filem yang akan mencabar minda penonton untuk berfikir sejenak (atau mungkin beberapa lama) hanya selepas menontonnya sekali!.. dan apabila ia ditonton berkali-kali akan mengujakan dari sudut yang lain pula! Jadi apabila filem Susuk menjadi filem sebegitu, saya berpendapat bahawa ia berjaya tersembul dari filem-filem lain juga menghiburkan kerana mampu mendesak emosi dan otak seseorang untuk berfikir tentang apakah visual dan bunyi dari filem itu? struktur Diagram seperti di atas bukan pertama kali saya gunakan untuk merungkaikan struktur naratif non-linear sesebuah filem. Dulu saya pernah cuba me