Selasa, 28 April 2009

BOHSIA ~ jalan hitam yang menghiburkan?


Klasifikasinya 18PL. Itu sudah mencukupi bagi menghalalkan filem ini untuk ditonton? Bagi saya, elok diberikan label 'U' sahaja supaya remaja-remaja bawah umur 18 tahun boleh menontonnya dan belajar (baca: mengajar untuk tidak kurang ajar atau sebaliknya) sambil berhibur! Watak-wataknya memang menjijikkan tapi seronok untuk diperhatikan dari jauh di kedudukan sebagai seorang penonton wayang dalam panggung mahupun dari kacamata masyarakat yang dari golongan baik-baik. Kisahnya sudah tentu klise tetapi dimantapkan dengan penceritaan yang laju tanpa sebarang adegan yang meleret. Khalayak juga tidak perlu untuk memihak kepada mana-mana watak atau menyukai apa-apa babak yang dipaparkan. Penonton tidak kisah siapa yang akan dirogol, disuntik dadah, bermulut lancang, dibelasah sampai mati katak apatah lagi lumba-lumba haram yang bingit. Biarpun kepalsuan realisme dari cara dialog atau pakaian pelakon, juga tidak menjadi hal! Filem ini secara terang-terangan seolah berkata kepada saya "lu apa hal? ini kan filem beb?" Jadi kerana itulah saya menggemari naratif ringkas dan padat filem ini. Kisah asasnya mudah iaitu dunia bahaya di sekitaran 2 orang bohsia, Tasha (Nabila Huda) dan Amy (Salina Saibi) yang menjadi para bohsia kerana backstory institusi keluarga mereka yang celaka!

Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam ialah sebuah filem mengenai pilihan bebas yang mutlak tanpa sesiapa pun menyuruh atau mengongkong. Ia cuma sebuah filem pengulangan dan cedokan kisah yang dinaik-tarafkan dan diglamourkan dari filem-filem kasar remaja yang terdahulu seperti KL Menjerit, Kami, Budak Kelantan, Anak Halal, Haru Biru, Remp-it, malah bayangan siri Sembilu serta filem seangkatan dengannya. Bezanya cuma kali ini tanpa sebarang watak yang putih bagi meneutralkan majoriti watak yang hitam dalam Bohsia. Tidak! Watak Aisyah (Diana Danielle) juga bukan watak ikon yang bagus ok! Pemaparan secara terus itu tidak mahu berselindung apa-apa lagi kerana filem ini sebenarnya hanya untuk menggerunkan kepada sesiapa yang tidak tahu atau buat-buat tak tahu bahawa gejala-gejala itu sudah dan sedang berlaku kini. Filem ini hanya menvisualkan dan memperdengarkan perihal yang seringkali dicetak di akhbar dan laku dibaca oleh masyarakat. Itulah sebabnya bagi saya ia sesuai untuk disuapkan sebagai 'U' kerana kisahnya sudah biasa kepada umum. Oh! Bagaimana pula seandainya ia dikhuatiri akan menjadi budaya gelap yang dipopularkan lagi oleh filem ini? Maka kamu lihat pula sekeliling dunia hari ini yang sememangnya sudah dicemari dari luar ke dalam siber dan kembali ke luar. Sama bukan?

Kekuatan paling nyata dalam filem ini ialah para pelakon yang hampir kesemuanya saling bantu-membantu penceritaan dengan sungguh meyakinkan. Ironi juga bila melihat kemunculan Nasir Bilal Khan yang mula popular dengan filem Perempuan, Isteri dan... dimana sewaktu itu perkataan 'Jalang' terpaksa di 'dot dot dot' kan kerana faktor penyaringan bahasa kasar yang ketat dalam perfileman Malaysia! Namun hari ini, perkataan-perkataan kasar dan pasar seperti mampus, jalang, dowh malahan 'bohsia' itu sendiri menjadi tajuk filem ini. Tidak keterlaluan seandainya saya katakan bahawa mungkin ada pelakon dari filem ini yang layak untuk menggondol pelakon terbaik di FFM tahun ini! Kita tunggu dan lihat! Adakah saya terlalu keterbukaan menilai filem ini tanpa prejudis dan paranoid kepada impak sosial yang mungkin berhasil dari menonton filem sebegini? Hey! ia soalan yang seakan sama sekiranya kamu pulang dari menonton sebuah filem seram yang sangat ya amat seram dimana kamu akan bermimpi hantu datang mencekik kamu? Maksud saya, harapnya impak sosial yang boleh dijana oleh filem ini ialah - Jangan Pilih Jalan Hitam dowh!.. ahahaha!

p/s: Perempuan, Isteri dan... dot dot dot tu gantian perkataan 'jalang' atau 'sundal' ekkk? sapa tau?

Sabtu, 25 April 2009

Retrospektif: BUKIT KEPONG (1982)

*apakes tetiba entri Teater Mahsuri tukau jadi Bukit Kepong???
..sebab saya rasa ia pun patut di-teater-kan @ IB! tak gitu?

Sinopsis
Cerita perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota. Filem ini menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara.


Saksikan diantara filem-filem terbaik Tan Sri Jins Shamsudin
di ASTRO KIRANA (saluran 122) sepanjang bulan April 2009!

GERAK KILAT (1966) ~ Ahad, 5 April, 9 mlm
ESOK MASIH ADA (1979) ~ Ahad, 12 April, 9 mlm
TIADA ESOK BAGIMU (1979) ~ Ahad, 19 April, 9 mlm
BUKIT KEPONG (1982) ~ Ahad, 26 April, 9 mlm

SILA KLIK UNTUK BACA
(kredit: Majalah ASTROVIEW April 2009)

Jom tengok teater!
RONA - facebook
24-25 April @ Taman Budaya, KL

Teater yang tengah meletup katanya @ IB
24-30 April 2009
info tiket & sinopsis:
www.istanabudaya.gov.my
monolog Cinta Julia

berikut ulasan-ulasan katanya!
(saya sedang mengelamun di atas pentas yang bergerak turun-naik.. tunggu!)
dr.zubin
adam
waiem
ray
wenkt
karl

kekure
filem-animasi
miezie
redmummy

adenium
thesunearthmoon
umimia

(akan dikemaskini kot?)

*dari blog redmummy

from left, Ajami and wife. dengan ucapan to nurul sekiranya ko baca nota akak nih: weii apesal ko tak pass2 lagi adiah jakarta ajami n wife dia oiii? ajami ko sila pi rerajin amik, nak tunggu benda tu berkulat?

tahniah jugak for Ajami, seorang penyokong kuat filem tempatan akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke Istana Budaya untuk pertama kalinya. kehkehkeh…aku dah credit ni bro!

Jumaat, 17 April 2009

Retrospektif: TIADA ESOK BAGIMU (1979)


Sinopsis
Filem ini mendedahkan kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam masyarakat atasan yang terdiri daripada Yang Berhormat, peguam dan arkitek muda. Masing-masing mempunyai citarasa dan nafsu yang berlainan. Sebagai orang berpengaruh, Yang Berhormat menggunakan kedudukannya bagi menodai gadis yang lemah. Manakala peguam muda pula mempersoalkan nama baik dan taraf setelah ditunangkan dengan gadis yang ternoda. Arkitek muda tersebut mengabaikan unsur seni Melayu. Filem ini juga membentangkan persoalan kasih sayang di dalam sesebuah keluarga. ref: sinemamalaysia

Filem inilah yang menjulang lagu Gelombang nyanyian Salamiah Hassan!

Ulasan:
~ saat omar

Isnin, 13 April 2009

Jangan Tegur ~ berbaloi untuk ditonton?

Sebuah filem seram MESTI menyeramkan! Maka filem Jangan Tegur bagi pendapat saya berjaya menimbulkan reaksi itu kepada saya. Betul! Naratif penuh filem ini terlalu amat sangat pendek sahaja dimana yang memanjangkan durasinya ialah paparan visual-visual gangguan seram kepada watak Natasya (Julia) dan flashback dari watak Baizura (Nadia). Kekuatan utama filem ini ialah momen-momen 'what happens next' atau apakejadahnya yang akan 'muncul' sekejap lagi yang akan disaksikan oleh Natasya dan penonton secara serentak! Cara menakutkan sebegitu sudah menjadi asam-garam untuk filem-filem seram dari serata dunia dan ia berjaya dibikin dengan baik dalam filem Jangan Tegur. Tetapi saya akui ledakan sound effect yang kuat berdentum setiap kali lembaga seram itu muncul agak keterlaluan seolah-olah ia kemestian setiap kali berlaku dan terasa terlalu memaksa untuk penonton terkejut? Dari sudut tangkapan kamera ada 2 babak yang begitu saya sukai iaitu babak di lampu isyarat (macam 360 degree camera) dan babak semasa Kamal (Pierre) menemui Natasya di tempat kejadian dimana kamera menyusuri ke sekeliling pasangan itu kemudiannya bergerak menyorot zoom out dari atas (gunakan kren) Wow! Congrats abang Indra Che Muda dan Haris Hue.

Filem ini menggunakan struktur non-linear storytelling menerusi pinjaman visual dari watak Baizura kepada watak Natasya melalui pecahan-pecahan memori insiden penting yang menyebabkan kehilangan (kematian) Baizura 2 tahun yang lalu. Filem ini walaupun berkulitkan sebuah genre seram tetapi ia juga bercerita seperti sebuah filem murder mystery atau crime fiction whodunnit. Maksudnya penonton akan dapat info sedikit demi sedikit dari keseluruhan misteri iaitu menjawab soalan apakah yang terjadi kepada Baizura sebenar-benarnya? Exposition itu kepada khalayak datangnya dari perkongsian point of view Natasya iaitu setiap bayangan imej yang dialaminya semasa koma dan mimpi. Babak-babak seram di pembukaan filem ini ialah situasi yang dialami oleh Baizura semasa dia dirasuk oleh 'benda' yang dihantar oleh Bomoh Siam yang disaksikan oleh Natasya semasa koma setelah 'tersampuk' (cross-point) dengan roh Baizura yang berhalusinasi semasa time-freeze. Kini 'roh tidak aman' Baizura yang juga berbaur dengan 'benda' itu mengikuti Natasya pula untuk berkomunikasi sebab itulah setiap kali bayangan hantu Baizura muncul ia ada 2 versi samada yang kelihatan menyeramkan dan satu lagi seakan meminta belas kasihan.

Lesen kreatif untuk filem ini ialah setiap kali 'benda' yang dihantar oleh Bomoh Siam merasuk Baizura atau Natasya, mereka akan menjadi raksasa berwarna biru, berwajah calar-balar (kredit kepada Ella Sandera) dan bersuara remix Melayu+Siam gitu! Hey! It's just a Malay horror film bro/sis! Selamat menonton dan berhibur dengan ketakutan cara arahan Pierre Andre!.. ahahaha!


Sabtu, 11 April 2009

Retrospektif: ESOK MASIH ADA (1979)

Sinopsis
ASP Zamri (Jins) berjaya sebagai seorang pegawai polis tetapi gagal membina sebuah keluarga bahagia. Kematian anaknya akibat penyakit leukemia menghampakan hidupnya. Lantas apabila dia berkenalan pula dengan Marina (Christine), anak gadis Encik Cheong, seorang pengurus bank telah membibitkan kemesraan. Segalanya berpunca apabila ASP Zamri membebaskan Encik Cheong dari tawanan perompak-perompak bank yang menjadikannya tebusan. Marina sebenarnya ada hubungan dengan Albert. Albert pula mempunyai hubungan dengan Ramon (A.Rahim), ketua perompak. Kerana simpati pada Zamri yang inginkan anak, Cheong mendesak Marina berkahwin dengan Zamri. Mereka berkahwin walaupun mendapat tentangan daripada Ibu Marina. Perkahwinan itu dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Jefri, yang kemudiannya diserahkan kepada Faridah (Azean), isteri pertamanya. Zamri banyak menghabiskan masa bersama Faridah dan Jefri sahaja. Manakala Marina mula merasakan kehausan kasih sayang. Filem inilah titik-tolak kemasyuran seniwati Azean Irdawaty kerana memenangi Pelakon Wanita Terbaik di FFM yang pertama!

Saksikan diantara filem-filem terbaik Tan Sri Jins Shamsudin
di ASTRO KIRANA (saluran 122) sepanjang bulan April 2009!

GERAK KILAT (1966) ~ Ahad, 5 April, 9 mlm
ESOK MASIH ADA (1979) ~ Ahad, 12 April, 9 mlm
TIADA ESOK BAGIMU (1979) ~ Ahad, 19 April, 9 mlm
BUKIT KEPONG (1982) ~ Ahad, 26 April, 9 mlm

Sabtu, 4 April 2009

Jumaat, 3 April 2009

Talentime ~ PERGI oleh AIZAT



kredit youtube: finazaman

PERGI ~ AIZAT
sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia
LAGU: PETE TEO
LIRIK: PETE TEO/AMRAN OMAR

Talentime ~ politik kecil dalam kisah terpencil

Macam rhyme pulak tajuk ulasan ini! ahahaha!.. Ringkasnya filem ini bagus, seronok dan sedih! Politik kecil - paparan pelbagai konflik kuasa menuju malam gala Talentime. Kisah terpencil - konflik kuasa itu berlaku dalam beberapa buah keluarga dan komuniti sekolah yang mungkin bukan kebiasaan tipikal pernah diketahui.

Talentime itu sendiri ialah pertandingan bakat siapa yang terbaik setelah murid-murid melalui peringkat saringan. Perebutan Melur oleh Mahesh, Hafiz dan Kahoe juga adalah pertandingan. Cikgu Anuar sanggup menipu dan cuba merasuah Cikgu Tan untuk membantunya dalam pencurian hati Cikgu Adibah yang juga seorang penganjur berkuasa veto. Spekulasi oleh Kahoe terhadap Hafiz adalah bersifat peribadi kerana desakan bapanya sendiri walaupun secara luaran ia kelihatan jelas sebagai provokasi. Sebenarnya Hafiz ialah jatidiri dan sifat berdikari di landasan yang betul sungguhpun dari kacamata Kahoe pada awalnya ialah satu lagi isu keistimewaan mutlak. Hubungan cinta Melur-Mahesh ialah harapan yang sudah tentu mencetuskan kontroversi bagi pihak yang tidak memahami. Manakala penolakan kasih oleh Cikgu Adibah terhadap Cikgu Anuar ialah untuk kepuasan ego seorang yang dominan walaupun mungkin tawaran itulah sahaja hanya datang sekali. Bhavani pula mempertikaikan priority ibunya (lakonan Sukania Venugopal yang wow!) kepada Mahesh walaupun mereka dari keluarga yang sama. Bhavani juga sebagai anak mampu menyedarkan prinsip lapuk ibunya yang diamalkan hasil dari e-mail yang dikirim oleh Ganesh kepada Mahesh. Percaturan keutamaan juga disoalkan oleh Vimala kepada Sukania seperti juga Mawar yang sengaja bersikap kasar kepada kakaknya Melur bila lebihkan adik bongsunya Melati. Ganesh pula berkorban hasrat peribadinya demi seorang ketua iaitu kakak sulung dimana akhirnya ia memakan dirinya sendiri. Kisah backstory (yang tiada dalam filem) mengenai ibu Hafiz, Embun dan pembantu rumah keluarga Harith, Mei Ling adalah sejarah yang membentuk siapakah wanita-wanita kental ini sekarang impak dari institusi rumahtangga mereka yang gagal. Kompromi di antara Mislina dan Mei Ling adalah usahasama yang menyempurnakan keluarga Harith. Malahan sekecil-kecil cameo Datin Kalsom dan ibu Harith adalah sentimen. Juga wujudnya Ismael ialah penasihat halimunan untuk Embun yang sedang tenat untuk mewasiatkan apa yang bakal ditinggalkannnya. Oh! Saya sebenarnya sengaja mengacuankan politik kecil itu? Bukankah setiap naratif apa juga penceritaan filem akan ada konflik? Maka adakah setiap konflik dalam setiap filem akan berunsurkan politik atau cuma untuk filem Talentime sahaja yang seakan jelas bersifat metafora senario politik semasa di Malaysia? Kamu nilaikan sendiri.. ahahaha!

"Life is like a blackman's left testicle.. it's not right and it's not fair!" ~ Harith

SINOPSIS:
Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah.

Ada sesiapa yang boleh beritahu ada apa dengan nombor 7 dalam filem ini? (tiada kena-mengena dengan AF7 ok! ahahaha!)

PAUTAN:

ikhares maizura adiluqman suhaimisuib misisitukangtulis nurul amirnazrin rayeusouff amyikram tontonfilem thewanonly klubbkidd jajakadir aidirahimi awiscool ikatkata megateusofe deennasour skrinfilem cinemaonline hassanmuthalib .